Thursday, November 26, 2009

Haji Kemuncak Ibadah

Rukun iman dan rukun Islam adalah merupakan constitution ataupun perlembagaan hidup lahir dan batin bagi setiap umat Islam dan juga bagi orang-orang yang cintakan Tuhan. Sepertilah rukun negara bagi orang yang patriotik dan cintakan negara. Gabungan kedua-dua rukun iman dan Islam ini, bila diamal, dihayati dan diperjuangkan sungguh-sungguh maka akan lahirkan patriot agama yang bertaraf muttaqin atau siddiqin, muqarrobin, paling tidak solihin yakni orang-orang yang soleh dan bertaqwa yang begitu dekat dengan Allah. Mereka adalah orang-orang Tuhan yang kekuatannya 1 orang Tuhan bersamaan dengan 10 yang bukan. Hal ini berlaku melalui satu proses pembinaan insan yang cukup profesional, sistematik dan intensif yang diprogramkan melalui rukun Islam yang lima itu.

Rukun Islam yang pertama : Kalimah syahadah

Bermula dengan mengucap dua kalimah syahadat, kita bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Seseorang pun mulalah melihat Allah sebagai tujuan dan cita-cita hidupnya dengan berpandukan cara hidup Nabi Muhammad SAW. Cita-cita lain seperti hidup untuk kaya, hidup untuk berilmu semata-mata, hidup untuk enjoy, hidup untuk berjawatan, hidup untuk meraih populariti, pengaruh serta glamour dan lain-lain lagi yang semuanya merupakan penyakit cinta dunia yang ditaja oleh nafsu dan syaitan, mula ditinggalkannya. Sebab dia faham bahawa prinsip hidup untuk Tuhan akan dengan sendirinya menundukkan dunia untuk yang juga harus diseretkan kepada Tuhan. Status dunia hanya sebagai alat bukan matlamat. Syaitan dan nafsu tidak boleh dijadikan Tuhan tanpa kita sedari. Darjat mereka terlalu rendah bahkan bertaraf musuh Tuhan. Kalimah syahadah adalah pemisah antara golongan yang bertuhankan nafsu dengan golongan yang bertuhankan Allah. Bagi orang yang benar-benar faham dan menghayati; Hamba nafsu matlamatnya dunia. Hamba Allah matlamatnya akhirat. Maka dari sinilah seseorang yang bergelar orang Tuhan memulakan langkah untuk bertolak ke destinasinya.

Rukun Islam yang kedua : Sembahyang

Calon-calon pejuang dan patriot agama, dipanggil Tuhan 5 kali sehari menghadapnya di dalam upacara sembahyang. Panggilannya melalui azan dan iqamah cukup tegas dan jelas. Dengan maksud bahawa tiada dibesarkan dan tiada ditaati melainkan Allah. Maka mengadaplah si hamba itu dengan ikrar di dalam doa iftitah dan perilaku rukuk dan sujud yang membawa maksud lagi bahawa hidup mati hanya untuk Allah dengan tidak membesarkan dan tidak mentaati melainkan Allah semata. Hari demi hari jadi kian meneballah rasa berTuhan dan rasa kehambaan si calon. Makin tinggilah kemanusiannya, makin haluslah akhlaknya dan makin membaralah semangat juangnya untuk menjadi khalifah Allah, membela nasib seluruh hamba-hamba Allah di muka bumi ini.

Rukun Islam yang ketiga dan keempat : Puasa dan Zakat

Bagaimana rukun ini berperanan? Cinta mesti dibuktikan. Yakni mesti mampu menahan diri daripada keinginan-keinginan nafsu yang lahir dan yang batin, demi akujanji dan ikrar hidup untuk Allah, mesti mampu mengorbankan hak, perlu ada pembuktian atas nama cinta dan sumpah yang diikrarkan setiap hari. Maka puasa dan zakat adalah buktinya. Kedua-duanya adalah proses pembersihan lahir dan batin untuk seorang wira Tuhan yang bakal memasuki gelanggang perjuangan bersama Tuhan. Dengan puasa dan zakat seseorang jadi cukup kebal bagi mempertahankan status hamba Allah bilamana diserang oleh tuhan-tuhan palsu yakni nafsu dan syaitan.

Firman Allah: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.

Firman-Nya lagi : Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata.

Ya, nafsu dan syaitan sangat berhajat untuk menjadikan seluruh umat manusia sebagai hamba-hamba mereka iaitu hamba nafsu dan syaitan. Namun Allah, melalui puasa dan zakat sangat menarik manusia agar menjadi hamba Allah yang tawadhuk, pemurah, penyabar, redha, tawakkal, jujur dan bersyukur. Maka dengan itu, terbendunglah segala sifat-sifat keji dalam diri manusia seperti pemarah, sombong, hasad dengki, tamak, bakhil, pendendam, adu domba dan sebagainya.

Rukun islam yang kelima ialah kemuncak ibadah : Haji.

Setelah selesai melalui proses-proses pembinaan insan yang sebelumnya, maka tibalah giliran upacara kemuncak bagi proses pembinaan rasa hamba dan rasa berTuhan dalam diri seorang hamba Allah. Sekaligus terbakar hanguslah usaha-usaha nafsu dan syaitan membina mazmumah dalam diri-diri manusia, bilamana manusia telah melalui proses kemuncak ini, haji merupakan kunci dan pendinding rohaniah manusia daripada dapat diganggu gugat lagi oleh nafsu dan syaitan. Ia pelengkap dan penyempurna proses pembangunan insaniah untuk manusia layak menjadi orang Tuhan samada menjadi Muqarrobin, Siddiqin, Syuhada' dan Solihin. Kaedah inilah juga yang sering digunapakai oleh raja-raja dan pembesar di dunia bagi memartabatkan tokoh-tokoh ataupun untuk memberi pengiktirafan kepada orang yang telah berjuang bersungguh-sungguh mengharumkan nama negara ataupun yang telah memberi sumbangan yang besar kepada negara tercinta lalu dikurniakanlah pangkat Datuk, Tan Sri, Tun, Dato Seri dan lain-lainnya. Di mana untuk upacara kemuncak itu hanya mereka yang layak sahaja dipanggil khusus ke Istana raja, untuk disematkan bintang-bintang kebesaran tadi.

Justeru, Haji selaku ibadah kemuncak, pelengkap rasa hamba dan rasa berTuhan, maka Allah, raja bagi segala raja-raja di dunia ini memanggil khusus orang-orangNya untuk datang mengadap ke Istana Agung-Nya. Tepat pada tarikh 10 Zulhijjah di sana orang-orang Tuhan ditabalkan rohaniah mereka ke martabat-martabat yang Allah sendiri tetapkan untuk mereka. Orang ini, bila pulang ke tanah air pasti akan membawa perubahan di dalam sikap dan wataknya. Dia akan menjadi lebih baik dari sebelumnya lantaran telah diiktiraf dan diupgrade statusnya oleh Tuhan sehingga orang lain mampu melihat sendiri akan perubahannya.

Demikianlah hebatnya dan agungnya step-step di dalam rukun Islam yang dapat me'malaikat'kan manusia. Tiap-tiap satu dengan fungsinya masing-masing, membekalkan rasa hamba dan rasa berTuhan kepada roh manusia. Memang fungsi ibadah yang utama ialah supaya roh manusia merasa hamba kepada Allah sekaligus roh merasa dia ada Tuhan yang sentiasa bersamanya. Rasa kehambaan dan rasa berTuhan itu saling lazim-melazimi, berkait antara satu sama lain, tidak mungkin bercerai. Jika rasa berTuhan tajam, rasa kehambaan menebal, kalau rasa berTuhan tiada atau tipis, maka rasa hamba juga ikut menipis dan menghilang. Gabungan kedua-duanya inilahlah yang dikatakan Taqwa. Barangkali boleh diumpamakan dengan syahadah dapat membekalkan 10% rasa taqwa, melalui sembahyang 50%, puasa 20%, zakat 10% dan kemuncak dan pelengkapnya haji 10 %.

Begitulah besarnya peranan rukun Islam sebagai rukun hidup seorang hamba Allah, satu sama lain kuat menguatkan. Sepatutnya orang Islam kalau mahu jadi bangsa yang kuat ambillah rukun Allah ini sebagai rukun hidup, rukun perjuangannya, rukun negaranya. Barulah bangsa kita boleh maju menandingi Amerika, Jepun, Eropah, Korea dan lain-lain dari segi tamadun insaniah dan lahiriahnya.

Umat Islam yang kuat itu ialah kuat Taqwanya, jitu perpaduannya dan selaras fikiran serta tindakannya. Tamadun lahir hanya sebagai tambahan dan sokongannya. Dan ini hanya dibuat bilamana dalam dada-dada mereka penuh tebal rasa hamba dan rasa berTuhan iaitu rasa takut dan cintakan Tuhan yang terhasil daripada mengamal dan menghayati rukun iman dan Islam. Sebab hanya dengan rasa-rasa inilah akan tercabutnya rasa sombong, pemarah, riak, ujub, bakhil, tamak, dengki, mementingkan diri, dendam, zalim, gila pangkat dan kuasa, pecah amanah, jatuh menjatuhkan dan lain-lain. Yang mana semua mazmumah inilah yang menjadi punca pecah belahnya imat Islam hari ini. Kalaulah sifat negatif ini sudah musnah oleh rasa hamba dan rasa berTuhan, yang dibangunkan oleh rukun Islam, maka automatik manusia akan memiliki sifat-sifat positif atau mahmudah seperti sabar, redha, tawakkal, merendah diri, pemurah, timbang rasa, pemaaf, meminta maaf, bertolak ansur, kasih sayang, rasa bersama dan kerjasama, semua mahmudah ini amat penting, menjadi punca untuk manusia dapat bersatu padu dan selaras dalam bertindak dan berfikir. Mereka dapat benar-benar berlaku jujur berkhidmat kepada seluruh manusia.

Tanpa Taqwa, mustahil manusia dapat disatukan secara hakiki dan praktikal. Perpaduan-perpaduan palsu yang dibuat-buat dan hidup berpura-pura telah terbukti gagal membina tamadun bangsa sampai ke penghujungnya. Kebanyakannya bubar di tengah jalan. Hanya Taqwa yang boleh menjamin orang Islam untuk dibantu Allah, menjadi empayar yang mampu menaungi bangsa-bangsa lain di dunia. Jiwa yang sudah di'seal' atau dimateri dengan mahmudah, akan menarik dan mempengaruhi semua orang sekalipun yang bukan Islam untuk menerima kepimpinan mereka. Kebaikan akhlak mereka dalam mengendalikan urusan-urusan hidup cukup menawan hati hingga semua orang sanggup taat dan hormat dengan sistem hidup yang mereka bawa. Ini semua sudah terbukti di dalam sejarah pemerintahan Rasul kita, para sahabat dan juga generasi solafussoleh terdahulu. Mengapa kita tidak mahu belajar dan mengambil iktibar daripada mereka dan menggunapakai formula pembinaan insan yang telah digariskan oleh Tuhan dalam membina kekuatan dan membentuk perpaduan generasi hari ini. Moga musim haji pada kali ini menjadi titik tolak kepada kita untuk muhasabah dan mempersiapkan diri kita, apakah kita benar-benar telah mengahayati falsafah dan mengamalkan segala tuntutan di dalam setiap rukun iman dan Islam yang telah kita pelajari sejak di bangku sekolah itu lagi...

Salam 'Eidul Adha buat semua..!

Thursday, October 8, 2009

Peranan Pendakwah dan Penceramah

Di antara para pejuang ialah pendakwah dan penceramah

Pendakwah dan penceramah wajib mengenalkan Tuhan kepada manusia

Agar Tuhan disembah, dicintai, ditakuti, dibesarkan, disanjung sebagai idola

Mengajak manusia menanamkan rasa bertuhan, supaya subur rasa kehambaan

Dari situlah timbulnya rasa hebatnya Tuhan, rasa malu, rasa syukur, rasa harap

Dengan itu lahirlah insan-insan yang tawadhuk dan merendah diri di bumi Tuhan


Setelah wujud rasa bertuhan sekaligus meneballah rasa kehambaan

Bilamana rasa kehambaan subur barulah manusia patuh kepada syariat-Nya

Taat suruhan-Nya, menjauhi larangan-Nya

Itulah dia tugas mubaligh dan para da’i di dalam kuliah dan ceramah-ceramahnya

Tapi amat sedihnya apa yang kita lihat

Para penceramah dan pendakwah sasarannya adalah manusia bukan Tuhannya

Ada yang mensasarkan musuh-musuh peribadinya, terkadang juga musuh politiknya

Menanamkan permusuhan, pergaduhan, dendam-kesumat sesama manusia

Dengan cara mengata, menghina, memfitnah, menuduh dan menjatuhkan air muka


Tuhan tidak diperkata, syariat Tuhan sedikit sekali diperkatakan.

Sembahyang, ibadah, akhlak jarang diperkata

Membaiki diri, membaiki hati, mujahadatunnafsi lebih-lebih lagi

Ada pula berceramah untuk mencipta nama,

Tidak kurang yang menjadikan wang sebagai tujuan utama.

Hakikatnya orang sebegitu itu bukan mubaligh dan da’i

Tetapi pembawa fitnah dan pemecah-belah

Menebalkan mazmumah memusnahkan mahmudah

Menjauhkan masyarakat daripada mengenal Tuhan

Masyarakat rosak dan hilang panduan, maka berlakulah gejala sosial.

Keruntuhan akhlak yang membimbangkan.

Keharmonian rumahtangga semakin pincang.

Kasih sayang dan perpaduan tidak lagi menjadi amalan

Hakikatnya orang sebegini bukan pejuang dan penceramah tetapi penjenayah

Friday, September 4, 2009

Ramadhan Oh Ramadhan..

Bulan Ramadhan: Antara Seronok Berpuasa dan Puasa Seronok

Bagi orang mukmin, dia sentiasa berharap, berazam, bercita-cita dan berusaha agar hari ini akan lebih baik berbanding daripada semalam dan esok akan lebih baik berbanding hari ini. Maka seluruh aspek kehidupan sentiasa ada peningkatan, terutama dalam soal-soal ibadah khusus. Kerana ibadah khusus seperti sembahyang, puasa,w irid, zikir, doa dan lain-lain berperanan mendekatkan diri kita dengan Allah.
Orang mukmin yang hidupnya sentiasa melaksanakan perintah Allah SWT, sangat mengharapkan bantuan, bimbingan dan pmpinan Allah SWT.yakni,amat penting dalam membuat kerja-kerja yang diperintahkan oleh Allah disertai oleh bentuan Allah. Bantuan Allah berkait rapat dengan kedudukan hamba di sisi Allah. Tidak akan berjaya bahkan tiada nilai di sisi Allah bagi mereka yang melupa dan mengabaikanNya. Tuhan tidak pandang, tidak tolong dan tidak akan membantu orang yang jauh dari Tuhan, lalai, leka dan lebih-lebih lagi kalau derhaka kepadaNya.
Untuk terus mendapat pimpinan dan pembelaan dari Tuhan, maka perlu hati sentiasa merintih, mengharap, memohon dan bergantung kepada Tuhan. Perlu selalu muhasabah diri, mengkoreksi diri, membaiki diri dan memperbetulkan kesalahan diri. Ibadah pula,terutamanya sembahyang, bukan sahaja diperhalusi dari segi zahirnya bahkan dari sudut batinnya. Perlu hadirkan hati dengan rasa takut, bimbang, rindu, cinta, harap, gementar, hina diri, rasa dilihat, rasa didengar dan rasa dikuasai dengan penuh khusyuk dan tumpuan dalam sembahyang. Satu waktu yang luput amat rugi andainya sembahyang itu sekadar gerakan fizikal dan kosong dari segi dalaman (ruh) dan batiniahnya. Sembahyang seumpama itu tidak membakar dan menghancurkan sifat-sifat keji (mazmumah). Sembahyang sedemikian mungkin sekadar sah dari sudut rukun dan syarat serta dapat memperolehi pahala, tetapi ia tidak mampu mengubah sikap dan menyuburkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) di dalam jiwa.
Tidak terkecuali juga dengan ibadah puasa Ramadhan yang hanya datang setahun sekali. Andainya luput puasa sebulan Ramadhan itu tanpa sebarang kesan dan natijah, adalah amat merugikan bahkan kita terpaksa menunggu pula kedatangan Ramadhan tahun hadapan untuk merebut peluang keemasan ini sekali lagi. Itupun sekiranya direzekikan oleh Allah dan dilanjutkan usia kita hingga bertemu Ramadhan tahun hadapan!
Oleh itu perlu sangat kita umat Islam bersikap serius terhadap bulan istimewa ini dan keistimewaan bulan Ramadhan ini bukan pada makan minum (berbuka) dan hari raya. Tetapi ia bersifat maknawiyah. Sebab itu ia disebut bulan penuh barakah (berkat). Bulan berkat ini langsung tiada kaitannya dengan keistimewaan yang bersifat lahiriah (luaran) ataupun fizikal. Keistimewaannya bersifat batiniah (dalaman) malah mampu mendidik hati dan jiwa.
Marilah kita sama-sama menghayati Ramadhan agar ianya benar-benar menepati kehendak Allah dan RasulNya serta terhindar dari kehendak nafsu dan syaitan.

SERONOK BERPUASA

1. Pahala berganda

Ramadhan ini bolehlah diibaratkan bulan menerima bonus tahunan yang berupa duit. Semua orang menguntum senyum lebar sebagai tanda kegembiraan. Bagi para mukmin pahala berganda adalah rahmat Allah yang tidak terhingga. Setiap kebajikan, para mukmin mendapat bonus pahala yang bakal meninggikan darjat di sisi Tuhan di Akhirat nanti. Gandaan pahala itu menjadi dorongan untuk melebihkan amal.Berebutlah para mukmin memburu bonus pahala selama sebulan ini. Andainya satu pahala dibalasi oleh Allah dengan sekuntum bunga syurga maka nilainya lebih tinggi berbanding dunia dan segala isinya.

2. Allah SWT membuka pintu Syurga

Ini sebagai tanda bahawa Allah membentangkan rahmatNya dengan luas di bulan Ramadhan agar hambaNya lebih seronok memperbanyakkan amalan dan mendekatkan diri kepada Allah.

3. Ditutup pintu Neraka

Malah sepanjang bulan Ramadhan seksa kubur juga turut direhatkan. Para mukmin tentulah mengharapkan keampunan Allah. Penutupan pintu neraka sebagai isyarat bahawa Allah mengampuni dosa para hambaNya yang memohon dan meminta keampunan di bulan Ramadhan

4. Syaitan dibelenggu

Bagi memudahkan para mukmin memperoleh kesempurnaan puasa dan beribadat, maka dibebaskan mereka dari gangguan syaitan. Tentulah lebih ringan beribadah dalam keadaan hanya sekadar berhadapan dengan dorongan nafsu sahaja. Ertinya dua musuh utama sudah dikurangkan kepada satu sahaja. Tentu lebih mudah bertarung dengan satu musuh berbanding dengan dua.


5. Pengisian rohani

Walaupun sekadar sunat muakkad, tarawih bermaksud untuk mengisi ruang rohani. Dalam keadaan fizikal yang sedikit lemah, nafsu sedikit dikekang dan didera, maka serentak dengan itu ada pula program pengisian rohani. Kekuatan rohani (dalaman) amat penting dalam memikul beban dan tanggungjawab sebagai mukmin. Inilah faktor penentu sama ada seseorang itu mampu memikul perintah Allah dan meninggalkan larangan. Apabila rohani kosong atau lemah, ibadah yang lain pun turut cuai, syariat longgar, disiplin hidup pun tiada, akhlak pula hancur musnah. Maka banyaklah berlaku berbagai gejala negatif dalam kehidupan lalu hilanglah kebahagiaan dan keharmonian hidup.

6. Kesihatan jasmani dan rohani

Ramai pakar kesihatan bersetuju iaitu makanan memainkan peranan besar dalam menentukan kesihatan manusia. Manakala makan yang berlebihan pula adalah punca berbagai penyakit. Setiap agama juga ada anjuran untuk berpuasa bagi penganutnya.
Secara tidak langsung Allah Taala memerintahkan hambaNya agar merehatkan perut mereka selama sebulan dalam setahun. Kerehatan itu mengembalikan semula fungsi sempurna perut yang telah bekerja sepenuh masa di bulan lain. Sebab itu tidak digalakkan mensendatkan perut di waktu malam walaupun telah kosong di waktu siang. Prinsip umat Islam dalam soal makan ialah “makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”, terbukti memberi natijah pengurangan penyakit di kalangan umat Islam.

7. Penjimatan

Waktu siang sudah tentu tiada perbelanjaan untuk makan minum yang menurut lazimnya tiga kali sehari, ini belum dihitung kos berbelanja untuk makanan sampingan dan tambahan yang lain. Bulan Ramadhan juga kurang aktiviti lepak-lepak, berpeleseran dan seumpamanya. Waktu malam pula selain berbuka sedikit, makan malam serta bersahur, tentulah tiada tumpuan kepada makan kerana beribadah, rehat dan tidur. Sekiranya penghayatan sebegini berlaku tentulah dapat menjimatkan perbelanjaan serta tanpa berlebihan dan berlaku pembaziran. Bahkan elok juga kalau dialih perbelanjaan itu kepada amalan sedekah dan kebajikan lain demi meraikan golongan yang memerlukan serta untuk mendapatkan pahala berganda.


8. Kehalusan perasaan dan ketajaman akal

Rasulullah dan para sahabat hingga kepada ahli sufi dan para solafussoleh, mereka memilih makan sedikit, sekadar memperoleh tenaga untuk beribadah dan bekerja. Sedikit makan menjadikan perasaan bertambah halus, sensitif dan peka. Dapat merasai kebesaran Allah serta mudah tersentuh hati terhadap dosa. Akal juga tajam dan dapat mengenal kebenaran. Ahli tafsir dan hadis sangat mementingkan kehalusan perasaan untuk dapat merasai roh wahyu dan hadis. Tajam pula akal hingga mudah memahami sesuatu maksud sama ada tersurat atau tersirat daripada nas Al Quran dan Hadis itu. Para pemimipin pula mudah dapat merasakan gelombang kehidupan masyarakat. Susah senang masyarakat mudah terkesan oleh hatinya.


9. Merasai kesusahan fakir miskin

Orang yang sentiasa kenyang, seolah-olah menyangka dan berperasaan bahawa orang lain juga kenyang seperti dirinya. Bagi dirinya tidak pernah merasai bagaimana peritnya penderitaan dan kelaparan golongan fakir miskin. Melalui puasa bulan Ramadhan, golongan kaya dan para pemimpin turut merasai bagaimana nasib fakir miskin yang sering kelaparan. Agar dengan itu datangnya rasa simpati golongan kaya dan pemimpin terhadap mereka yang dalam kesempitan hidup. Para petani, pesawah dan nelayan membanting tulang empat kerat agar orang lain mendapat nikmat menjamah nasi, ikan dan juadah enak yang lain, belum tentu lagi mereka dapat menjamah makanan seumpama itu di rumah mereka.

10. Fitrah

Manifestasi dari simpati golongan kaya itu maka Allah mengajarkan pula tanggungjawab sosial dengan diwajibkan zakat fitrah.Fitrah itu selain mensucikan kecacatan berpuasa, ianya juga merupakan satu bentuk jalan penyelesaian bagi meringankan sedikit beban golongan kurang berada. Ini termasuk memberi kegembiraan kepada mereka ketika berhari raya. Selain itu Allah juga menganjurkan agar jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin ini tidak terlalu ketara.


PUASA SERONOK

1. Makan berganda

Jualan berbagai juadah ada di mana-mana saja yang memang pula wujud di bulan Ramadhan saja. Juadah pula memang merangsang nafsu makan. Berbuka dan makan malam seolah-olah menebus kembali perut kosong sepanjang hari di siangnya. Malah juadah juga dipilih berdasarkan apa yang dipersetujui oleh selera dan nafsu ketika membeli, hingga sering berlaku juadah yang dibeli tidak pun habis dimakan.

2. Belanja berlebihan

Kedapatan mereka yang sepanjang Ramadhan perbelanjaannya lebih banyak berbanding hari biasa. Selera waktu siang tanpa kawalan hingga mendorong seseorang itu memborong apa saja. Selepas berbuka sedikit, sudah terasa sendat kerana penguncupan perut. Akhirnya berlakulah pembaziran. Seharusnya belanja untuk makan tidak lari dari kelaziman di bulan Ramadhan.

3. Kekenyangan

Lantaran asyik membesarkan makan, sembahyang maghrib seringkali terlewat. Malah ada yang terus menghadap makanan hingga ke hujung waktu. Sembahyang terawih pula hilang rasa kehambaan sebaliknya rasa terpaksa, malas, terbeban, letih, mengantuk dan dibuat kerana menjadi kelaziman atau budaya di bulan ramadhan.

4. Hari raya

Belumpun tiba bulan puasa, ada di antara gedung membeli belah sudah mempromosikan jualan Hari raya. Inilah satu tradisi yang sukar untuk dipecahkan. Di kalangan umat Islam pula terlalu memberi tumpuan kepada sambutan Hari raya. Akibatnya hilang pengertiannya hari raya yang sebenar. Kesibukan dengan pakaian baru, perabut baru, langsir baru, pinggan mangkuk baru, bunga plastik baru, cat rumah baru, kuih muih resepi baru menyebabkan hilang tumpuan membesarkan puasa dan mencapai kemenangan(perayaan) menewaskan kerakusan nafsu. Lebih merugikan bila kita hilang nikmat untuk merebut pahala ibadat berganda di sepuluh malam terakhir kerana terlalu menumpukan untuk merebut kuih raya dan pakaian pilihan hati yang dijual secara lelong di sepuluh hari terakhir Ramadhan.

“Orang yang seronok berpuasa, Ramadan ditunggu dengan kegembiraan dan sedih apabila tamat. Orang yang berpuasa seronok, terseksa jiwanya kerana kedatangan Ramadhan dan merasa lega dan gembira apabila ianya tamat...”

Monday, August 31, 2009

Mengisi Kemerdekaan


-->Marilah kita mengisi kemerdekaan kita dgn sgla kebaikan
Untuk faedah di dunia, lebih lagi keselamatan kita di Akhirat sana
Kita guna segala kekuatan, yg ada pada kita utk membinanya
Dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga seluruh jiwa dan raga
Setiap warganegara dimestikan untuk menyumbang membina negara
Mengikut taraf dan juga kedudukan mereka, dan mengikut kemampuan, yg ada
Saham sentiasa terbuka, dan ia terbuka setiap masa
Siapa yg turut menyumbang, ia adalah warga yg setia... Malaysia Merdeka
1Malaysia pertingkatkan kekuatan ekonomi, agar kita boleh berdiri sendiri
1Malaysia perjuangkan nilai murni bersatu berpadu selaras tindakan dan fikiran
Pabila negara berdaulat ertinya bangsa Malaysia dihormati
Berhati-hatilah kita janganlah kita tersilap mengisi
Tanam kesedaran kepada rakyat, cinta dan takut kepada Tuhan yang Esa
Hindar kepentingn diri demi agama, bangsa & negara
1Malaysia pertingkatkan kekuatan ekonomi, agar kita boleh berdiri sendiri
1Malaysia memerlukan syariat untuk keselamatan seluruh warga dunia Akhirat
1Malaysia bersama mencari ilmu, maju pembangunan insan dan tamadun material
Satu bangsa satu bendera, demi cintakan negara
Mari bersama membentuk masyakat yang berkasih sayang, hidup aman harmoni..
1Malaysia satu ibu satu ayah, pemimpin mengasihi rakyat bagai anak sendiri
1Malaysia kita semua bersaudara, yang tua menyayangi yang muda pula menghormati
1Malaysia terus maju ke hadapan, tinggi pembangunan insan dan tamadun material
Satu langkah satu rasa, masyarakat berbilang bangsa,
Seiring melangkah maju rakyat maju 1Malaysia
1Malaysia, ayuhlah warga semua
Menyumbang untuk negara, jangan tangguh-tangguh lagi
Hindari kezaliman, fitnah dan membuang masa
Isilah kemerdekaan dengan cinta kepada Tuhan
dan sayangi manusia.
Nota Kaki : Sajak dibuat untuk dijadikan lagu sempena kemerdekaan. Terfikir nak masuk pertandingan mencipta lagu 1Malaysia Hot.FM, bila dah standby nak recording (guna komputer sendiri di rumah) tengok2 dah hari akhir penyertaan..! Tak sempatlah nak buat arrangement music, record backup vocal dan harmoni, nak edit guna cool edit pro, mixing dan macam2 lagi proses untuk menghasilkan sebuah lagu yang terbaik..! Namun kuabadikan sajak ataupun lirik lagu ini untuk tatapan pengunjung bloggers sekalian, moga2 kita sama2 dapat mengisi kemerdekaan kita dengan penuh bermanfaat dan memberi impak posotif kepada generasi yang akan datang..!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 !

Saturday, August 8, 2009

Kadang-Kadang Tak Ada Logika

Sakit mata saya bila melihat klip2 video sekarang ini terutamanya daripada indonesia yang mengandungi lirik dan tajuk lagu yang kurang sesuai untuk masyarakat Islam di Malaysia seperti lagu Makhluk Tuhan paling seksi, Matahariku, Tak Ada Logika, Allah Peduli dan banyak lagi lagu yang memaparkan klip video dengan aksi dan pakaian yang kurang menepati garis panduan dan nilai murni masyarakat negara kita. Bagi saya pula ia tidak jadi masalah kerana di Indonesia perkara ini tidak menjadi isu bahkan sebutan 'Allah Jesus' juga sememangnya sudah menjadi sebutan harian dan kebiasaan masyarakat di sana. Yang saya tidak berpuas hati ini ialah apabila stesen tv tempatan mengambil klip2 video tersebut utk dipaparkan sbg selingan dan selepas selesai rancangan2 utama di televisyen spt Malaysia Hari Ini, Melodi, bahkan sebahagiannya ditayangkan slps rancangan berita Edisi 7 yang merupakan prime time@waktu prima di mana ibu bapa akan duduk bersama anak-anak di hadapan kaca tv...

Sedang asyik meluahkan isi rasa dan suara hati, tiba2 terdetik apabila tersebut sebuah tajuk lagu indonesia berjudul Tidak Ada Logika. Di dalam Islam, banyak perkara yang berlaku di dalam dunia, bahkan dalam kehidupan seharian kita, ada yang berlaku dalam keadaan yang tidak logik dan tidak dapat hendak dihurai dan dijelaskan oleh akal. Bahkan banyak terkandung bukti di dalam sejarah Islam yang tidak dapat diungkai dan diberi penjelasan secara saintifik mahupun logik akal. Contoh, bilangan tentera Islam yang sedikit mampu menewaskan tentera musuh yang berjumlah ratusan ribu lebih daripada tentera Islam dengan kecanggihan peralatan dan kelengkapan tentera dan pengangkutan. Ini belum diambil kira sejarah para Nabi dan Rasul seperti Nabi Musa membelah laut, Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api dan sebagainya yang ternyata mencarik adat dan di luar logik akal.

Perkara luar biasa dan mencarik adat ini atau di dalam bahasa Arab disebut 'Khawariqul 'Adah' ini sememang satu perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita. Jika ia berlaku kpd Nabi dan Rasul maka ia dipanggil 'Mukjizat', jika ia berlaku kpd Wali Allah dan orang yg bertakwa ia dipanggil 'Karamah', jika ia berlaku kpd org kebiasaan ataupun org awam maka ia dipanggil 'Maunah', jika ia berlaku pada org kafir dan org fasik yg sudah pasti bukan krn ketakwaan mereka maka perkara mencarik adat itu dipanggil 'Sihir'. Namun istilah 'karamah' dan 'maunah' ini sering disalahertikan dan dimomokkan oleh sesetengah pihak yg takut umat Islam menjadikan perkara khawariqul adah ini sbg senjata mereka. Musuh2 Islam cukup takut akan bantuan Allah melalui saluran taqwa ini kerana itulah sumber kemenangan umat Islam terdahulu dalam memikul misi dakwah dan memerangi musuh-musuh Islam.

Oleh sbb itu kita meyakini bahawa tiada yang mustahil di sisi Allah dan sekiranya Dia berkehendak jadi maka jadilah sesuatu perkara itu. Cuma kita sbg Hamba Allah di dalam era sains dan teknologi ini cenderung utk melihat dan menilai sesuatu perkara itu dari sudut logik dan kajian saintifik. Lantaran kita telah dididik sedemikikan rupa melalui sistem sekular iaitu memisahkan Tuhan dgn urusan hidup seharian. Sbg contoh, bila berlaku tsunami atau tanah runtuh maka masing2 memberi pandangan bahawa berlaku rekahan pada tanah ataupun gegaran dan sebagainya, tidak ramai yg mahu tampil memberi tahu bahawa itu adalah peringatan drp Allah kpd hamba2Nya supaya sentiasa ingat kpd-Nya setiap saat dan dalam apa jua hal sekalipun. Walaupun kita ini bersekolah agama dan lulusan universiti Islam sekalipun, kita tetap sekular kerana tidak ada satu mata pelajaran kita sekalipun yg dikaitkan dengan Tuhan, dgn kebesaran Tuhan, dengan hikmah drpd Tuhan. Hatta ketika makan sekalipun, kita nyaris terpesong bila memikirkan bahawa nasilah yg mengenyangkan, panadol itu yg menyihatkan, sedangkan tanpa sedar kita telah berlaku syirik yakni syirik khafi (syirik kecil) kerana terlupa bhwa sesungguhnya Tuhan itulah yang mengenyangkan kita, menyembuh dan memberi kesihatan kpd tubuh badan kita sehari2.

Oleh yang demikian, kita haruslah berhati2 bila kita ditakdirkan bertembung dengan sesuatu yang luar biasa dan di luar logik akal kita. Firman Allah sesungguhnya Allah ialah Pembela bagi org2 yg bertaqwa. Tambah lagi sekiranya kita bertaqwa, maka kita akan didatangkan sumber atau bantuan drpd sumber yg x disangka2..! Jangan hanya pandai penampal dan menggantung frame ayat 1000 dinar tanpa memahami konsep taqwa itu sendiri. Kerana taqwa maka seorang tukang kebun bernama Mimar Sinan berjaya menjadi arkitek dan membina masjid biru di turki, Allah campakkan kpdnya ilmu yg tak disangka2 hasil ketakwaannya hingga mampu mebina peralatan anti gempa bumi di dalam masjid dan ruang mengambil wudhu yang mengeluarkan air secara automatik setiap kali tiba 5 waktu sembahyang (yang sudah dirosakkan oleh jurutera2 terkemudian hari krn ingin mengkaji rahsia tempat mengambil wudhu itu). Ia sama sekali tidak menyamai konsep sensor spt di masjid shah alam..! Jadi, kalau inginkan ilmu yang luarbiasa, pergiatkanlah usaha2 taqwa kita.


Seorang lelaki pernah bertanya kepada seorang alim, utk menguji keyakinan dan kepandaiannya melalui hujah logik akal ini. Satu ketika ketika orang alim itu sedang berwudhu, maka lelaki ini bertanya.

Lelaki : Kenapa kamu berwudhuk?
Orang Alim : Wudhu saya tadi terbatal kerana terkentut...
Lelaki : Aku pelik... Kamu kentut di punggung tapi kenapa kamu mencuci muka, tangan dan sebagainya tapi kamu tidak mencuci punggung tempat keluar kentut itu tadi?
Orang Alim : Ini adalah syariat dan arahan daripada Allah... Saya hanya taat kepada apa yang disuruh dan diperintah oleh Tuhan.
Lelaki : Kalau begitu saya rasakan agama kamu ini tidak benar. Arahan dan perintah itu tidak logik sama sekali. Yang menyebabkan batal wudhuk itu di belakang tapi kamu cuci di bahagian muka, tangan dan anggota lain...
Orang Alim : Apa yang benar itu tidak semestinya logik..!
Lelaki : Apa buktinya?
Orang Alim : Mari ikut saya...
Orang Alim membawa lelaki itu ke hadapan rumah dan berdiri di sebelah pintu. Orang Alim meletakkan tangan lelaki itu di tepi pintu dan menutup daun pintu dengan kuat sehingga lelaki itu menjerit kesakitan kerana tangannya tersepit di celah pintu itu..!
Lelaki : Aduh, sakitnya tangan aku..! Apa yang engkau buat? Cepat leppaskan tangan aku! Tolong..! Sakiitt..!!!
Orang Alim : Itu adalah jawapan saya untuk soalan kamu tadi... Logik atau tidak, tangan kamu yang sakit dan tersepit di pintu, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit dan terpekik !?
Orang Alim terus meninggal lelaki itu yang terpinga-pinga dan tersipu-sipu menahan sakit di tangan tetapi dilepaskan oleh mulutnya itu..!


Di satu kisah dan scenario yang lain, seorang lelaki telah berkata kepada Orang Alim...
Lelaki :Tuhan kamu tidak adil..!
Orang Alim : Kenapa kamu berkata demikian?
Lelaki : Tuhan kamu menghukum manusia yang berbuat jahat dan juga syaitan di dalam neraka yang dibuat dari api. Manusia akan terseksa tetapi syaitan tidak..!
Orang Alim : Kenapa pula begitu?
Lelaki : Cubalah berfikir secara logik, manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api memanglah sakit, melecur, hangus dan rentung! Akan tetapi syaitan itu dicipta daripada api, kalau dibakar dengan api, x rasa ape2lah dia nanti..!
Orang Alim : Bukan macam tu, Tuhan aku kata, baik manusia mahupun syaitan, kedua2nya akan merasa tersiksa bila dibakar dengan api...
Lelaki : Ah...x mungkin. Secara logiknya manusia yang diperbuat drpd tanah saja yg terseksa, tetapi tidak bagi syaitan yang diperbuat daripada api..!
Orang Alim : Kamu perlukan bukti ?
Lelaki : Ya, sekarang ini, semua perkara perlukan bukti dan penjelasan secara akal..!
Orang Alim tunduk dan mengambil sebiji batu bata kemudian membaling ke arah kepala lelaki itu sehingga lelaki itu terduduk menjerit kesakitan...
Lelaki : Aduuhh...!!! Sakitnya..! Kenapa pulak engkau membaling aku dengan batu itu ?
Orang Alim : Secara logiknya manusia diperbuat daripada tanah, tapi kenapa pula bila dibaling dengan batu bata tanah liat yang keras ini maka kamu menjerit kesakitan? Jadi tak semua yang logik itu benar, Kalau ikut logik akal, manusia diperbuat daripada tanah sepatutnya tak kan merasa sakit kalau terkena dengan bahan yang diperbuat daripada tanah juga..! Tapi hasilnya tadi sakit atau tidak ?
Lelaki : Sakit... sakit... sangat sakit..!
Orang Alim : Menjawan persoalan atau tidak..?
Lelaki : Sudah.. dah terjawab dah...!
Orang Alim terus berlalu meninggalkan orang lelaki yang sedang memegang fizikal kepalanya yang benjol kerana terkena batu dan akal dan hatinya yang benjol kerana terdidik dengan ilmu hikmah di luar logik akal orang alim itu tadi...

Moga-moga kita mampu mengusaha dan mempertingkatkan taqwa sehingga Tuhan limpahkan rezeki dan ilmu-ilmu hikmah daripada sumber yang tidak disangka-sangka... Moga lahir generasi ilmuan dan penyambung perjuangan akhir zaman seperti para sahabat, para tabi'in dan tabi' tabi'in serta pejuang kebenaran yang pernah melakar sejarah membina empayar ruh dan tamadun rohani selari dengan pembangunan ekonomi dan tamadun lahiriah negara seperti di zaman kegemilangan Islam yang berjaya menguasai 2/3 dunia satu ketika dahulu.

Wednesday, July 29, 2009

Bila Merajuk Jadi Budaya...

Merajuk telah menjadi budaya manusia

Budaya yang sama-sama manusia tidak mahu

Tapi sama-sama membudayakannya

Budaya merajuk itulah yang menyusahkan manusia

Yang menjadi racun di dalam keluarga dan di dalam pergaulan mereka


Banyak kerja terhalang, tidak kurang kerja terbengkalai dibuatnya

Banyak kerja tidak sempurna, diganggu oleh budaya merajuk

Buat itu tak kena, buat ini tak kena, serba terganggu, merajuk menghantui perasaannya,

Setengah jiwa yang terlalu lemah, jiwanya merana...


Budaya merajuk ini berlaku setiap hari,

Di dalam rumahtangga, di tempat kerja, di dalam parti.

Bahkan lebih sedih, di rumah Allah berlaku juga.

Tidak ada akta dan peraturan yang boleh membendungnya

Justerulah akta dan undang-undang tidak dilagang.

Penyakit merajuk ini dia serang tidak pilih orang.

Semua golongan bisa diserang.


Budaya merajuk ini mudah saja terjadi

Suami lambat balik pun isteri masam muka, hilang manisnya

Layanan kepada suami pun dingin sahaja,

Belum lagi suami berkahwin dua !

Merasakan diri tidak dihormati, pertengkaran pun terjadi, adakalanya sampai mati!

Suami pula terpelengok, pun merajuk sakit hati, sebagai tindakbalas terhadap isteri...


Ibu bapa pun selalu merajuk, tersinggung dek anak-anak yang berbagai kerenah

Anak-anak lambat ziarah atau lambat menerima surat atau memberi pendapat

Tidak senang sahaja, marah-marah sahaja, merungut-rungut dan membebel tidak tentu hala

Apabila anak-anak balik kerut mukanya, bila ditanya diam sahaja,

Tidak kurang juga ada yang menyergah macam singa!


Di pejabat-pejabat ada staf-staf merungut tidak habis-habis

Merasakan tertekan oleh majikan, kerana terlalu banyak kerja

Atau gaji tidak seimbang dengan kerja, majikan tidak dihormati lagi

Di belakang dikata-kata dan dihina, ada yang terus lari dari kerja

Majikan pula susah hati, merajuk pula, marah-marah kepada staf-stafnya

Adakalanya nafsu gagal dikontrol, maki hamun semahu-mahunya


Merajuk juga berlaku di dalam parti

Setelah jatuh dari jawatan parti oleh undi, tenaga dan pengorbanan dibekukan

Kalau dulu aktif, sekarang pasif. Dahulu cergas, sekarang culas.

Tidak terlantik di dalam pencalonan

Atau digugur di dalam jawatan parti atau barisan pentadbiran

Hati sakit, merajuk pula. Muka pun tidak nampak lagi, membawa diri

Entah mana perginya, kalau mati ada kuburnya

Bila mati barulah media massa membuat berita

Setelah lama menghilang diri dari gelanggang masyarakatnya


Di masjid pun berlaku budaya merajuk

Waktu jadi imam, di masjid setiap waktu, ibarat merpati masjid

Tidak lekang-lekang di masjid, macam rumahnya

Bila jawatan diganti orang, masjid tidak nampak lagi

Bahkan waktu sembahyang pun dia tidak muncul-muncul lagi

Hanya kelihatan pada hari Jumaat, itupun duduk di tepi-tepi

Mukanya masam tidak berseri

Habis sahaja sembahyang tidak sempat sembahyang sunat

Cepat-cepat cabut pergi..!

Orang ramai hairan semua memerhati

Pada tok imam pun boleh berlaku, kata setiap hati...

Marilah kita servis hati di bengkel rohani...

Thursday, May 28, 2009

Pemimpin Bukan Wakil Rakyat Tetapi Wakil Tuhan

Nabi Musa a.s. merupakan salah seorang rasul yang memiliki darjat Ulul Azmi. Darjat Ulul Azmi ini hanya dikurniakan oleh Allah SWT kepada rasul-rasul-Nya yang sangat sabar dengan kerenah atau ragam umatnya.Nabi Musa a.s. sebelum mencapai darjat tersebut telah dianugerahkan oleh Allah SWT satu pengalaman dan sekaligus menjadi pengajaran untuk bagaimana hendak bersabar menghadapi kaumnya.Nabi Musa a.s. pernah diberi pengalaman sebagai seorang pengikut kepada Nabi Khidir a.s. Pengalaman tersebut sengaja Allah SWT lakukan kepada Nabi Musa a.s. Melalui pengalaman itu, Nabi Musa a.s. difahamkan oleh Allah SWT tentang betapa sukar dan susahnya seorang pengikut itu hendak memahami kemahuan dan kehendak seorang pemimpin,lebih-lebih lagi paling sukar ialah hendak berlaku taat kepada pemimpin.


Apabila Nabi Musa a.s. menjadi “pengikut” kepada Nabi Khidir, syarat utama yang diberikan ialah jangan persoalkan tindakan pemimpin. Ertinya pengikut jangan persoalkan apa saja keputusan, rancangan dan tindak-tanduk pemimpin terutamanya dalam aspek yang tidak difahami. Seorang pemimpin sejati yang dipimpin oleh Allah SWT, ideanya, keputusan,perancangan dan tindak-tanduknya adalah tepat dan selaras dengan kehendak Allah SWT.

Itulah ertinya pemimpin yang dipimpin oleh Allah SWT. Pada diri pemimpin itu dikurniakan ilham dan juga dilimpahkan oleh Allah SWT hikmah yang tidak terhingga. Pemimpin saja yang dapat menyelami berbagai hikmah di sebalik sesuatu perkara.

Bagi pengikut pula, mereka jangan mudah mempersoalkan pemimpin. Janganlah kerana ada sesuatu yang kita tidak faham atau sesuatu yang akal tidak dapat mencapainya, lantas mempersoalkannya, lebih-lebih lagilah tidak boleh memprotesnya.Melainkan perlu yakin dan taat saja. Ketaatan itu bukannya satu kesalahan bahkan sangat dituntut. Ini bagi memudahkan seorang pemimpin mengendalikan urusan dan perancangan untuk pengikut. Tentulah akan banyak gangguan apabila pengikut asyik mempersoalkan dan memprotes sesuatu yang datangnya dari pemimpin.

Pengalaman dengan Nabi Khidir itu telah menjadikan Nabi Musa a.s. dapat menyelami dan memahami sikap seorang pengikut. Mulai saat kegagalan dirinya sebagai pengikut yang tidak boleh tahan dengan tindak-tanduk Nabi Khidir a.s. sebagai pemimpinnya, maka Nabi Musa a.s. sangat bersabar terhadap umatnya. Dari sudut kewajaran, memanglah pengikut mesti taat dan menurut saja kepimpinan seseorang pemimpin.

Dari segi teorinya,begitulah yang sepatutnya dan yang sebaiknya. Namun dalam realitinya, para pengikut tidak mudah untuk taat setia. Kerana untuk berlaku taat, pengikut perlu terlebih dahulu menundukkan nafsunya sendiri terutama sifat egonya.Sangat sedikit di kalangan pengikut ini yang dapat tembus pemahamannya terhadap pemimpin. Lantaran tidak faham dan juga tidak taat pula maka tercetuslah berbagai kontra dan perbezaan pendapat dan pandangan. Maka dari situlah Nabi Musa a.s. menetapkan satu pendirian bahawa selaku pemimpin umat maka dirinya perlu memiliki sifat sabar yang tinggi.Di atas kesabaran Nabi Musa a.s. terhadap kaumnya itulah maka Nabi Musa a.s. mencapai darjat Ulul Azmi.

Nabi Musa a.s. berhadapan dengan Firaun yang kejam. Ancaman keras dan zalim Firaun itu memaksa Nabi Musa a.s. melarikan diri dari bumi Mesir. Nabi Musa a.s. bersembunyi dan mendapat perlindungan Nabi Shuib a.s. di daerah Madyan. Apabila Nabi Musa a.s. kembali ke bumi Firaun, ketika itu bukan sahaja menghadapi ancaman Firaun, Hamman wazir Firaun dan juga Qarun, tetapi juga menghadapi kaumnya Bani Israil yang terkenal degil dan keras kepala. Bani Israil ini seringkali memperlecehkan dan mempermainkan Nabi Musa a.s.

Apabila datang larangan supaya tidak menangkap ikan hari Sabtu, Bani Israil ini sengaja melanggar larangan tersebut malah mempermainkannya. Mereka memasang pukat pada hari Jumaat. Apabila mereka mengangkat pukat pada Hari Sabtu, mereka dengan mudah memberi alasan bahawa ikan itu telah memasuki pukat pada Hari Jumaat, cuma mereka mengangkatnya pada hari Sabtu.

Begitu juga dengan peristiwa lembu betina (Al Baqarah) yang menjadi salah satu surah dalam Al-Quran. Mereka mempertanyakan lembu yang hendak dipilih itu atas maksud mempermain-mainkan Nabi Musa a.s. dan memperlihatkan kedegilan mereka. Dalam tempoh yang singkat saja Nabi Musa a.s. menaiki Thur Sina untuk bermunajat kepada Allah SWT,sekembalinya dari munajat itu sebahagian pengikutnya sudah berpaling menjadi penyembah berhala.

Ragam umat yang bermacam-macam inilah memerlukan sifat sabar seorang pemimpin. Pemimpin yang sabar saja yang bakal berjaya memimpin umat. Kesabaran itu pula hanya akan diperolehi dengan bantuan Allah SWT. Maka pemimpin itu perlu sedar bahawa Allah SWT pilih dirinya menjadi pemimpin itu semata-mata sebagai wakil Allah SWT. Wakil Allah SWT ertinya membuat kerja-kerja bagi pihak Allah SWT. Dirinya hanyalah sekadar salah seorang dari hamba Allah SWT, dan tidak lebih dari itu. Siapanya manusia ini, semuanya adalah hamba ciptaan Allah SWT. Di sisi Allah SWT tiada sebarang perbezaan. Hanya yang membezakan dirinya dengan manusia lain ialah pada fungsi, amanah, tanggungjawab dan tugas.

Pemimpin adalah hamba Allah SWT yang diberi peranan dan tanggungjawab untuk memimpin hamba Allah SWT yang lain. Peranan dan tanggungjawab itu perlu dilaksanakan bertepatan dengan kehendak Allah SWT. Allah SWT jualah yang akan menyempurnakan urusan kepimpinan itu.

Apabila seseorang pemimpin itu hilang kesabarannya maka dengan sendiri dia sudah cuba memesongkan peranan pemimpin sebagai wakil Allah SWT kepada mewakili dirinya sendiri. Dalam keadaan itu maka bantuan Allah SWT sudah terputus. Maka kepimpinannya gagal dan manusia tidak terpimpin. Jadi pilihlah pemimpin sebaik-baiknya...

Monday, May 11, 2009

Bukan Senang Nak Jadi Pemimpin

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah SAW. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah. Itu Rasul, belum lagi nabi-nabi yang diutuskan. Para nabi diberi wahyu tetapi cukup untuk diri dia sahaja dan bukan untuk disampaikan berbeza dengan peranan rasul yang perlu menyampaikan wahyu itu dan memimpin umatnya.

Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu. Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim dari dia. Itu kupasan dan ulasan yang biasa kita dengar.

Tapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu kupasan baru yang lebih penting lagi daripada kupasan yang di atas. Seperti yang kita sedia maklum, Nabi Musa bertaraf rasul dan Nabi Khidir bertaraf nabi, masing-masing memikul peranan yang berbeza. Maka Allah SWT telah pertemukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s. untuk memberi ilmu kepada kita di akhir zaman ini, dan Allah telah tukar peranan masing-masing. Seolah-olah Allah berkata, Hai Musa engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut. Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut. Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi kali ini aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja. Berjaya tak?

Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, Kalau nak ikut aku, jangan banyak cakap, ikut saja. Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita.

Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu. Nabi Musa tidak tahan, dia tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan dia sudah berjanji tidak akan bertanya. Nabi Khidir pun mengingatkan, Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita. Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.

Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir bunuh budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, dia bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi dia diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya. Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah.

Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul. Sebagai seorang pemimpin sepatutnya perlu bersabar dalam mendidik dan berhadapan dengan karenah anak buah. Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat ulul azmi adalah mereka yang paling sabar.

Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia bertaraf mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan. Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.

Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat. Cuba tengok Nabi Khidir, atas dasar ilmu dia layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati dia tidak layak. Sebab itu, jika kita lihat Nabi Adam selepas dia dibuang ke bumi dan bertaubat dengan bersujud selama 40 tahun sampai pokok tumbuh besar di kelilingnya, pun tidak dapat gelaran Ulul Azmi. Mengapa? Dia sujud itu bukan memimpin. Itu antara dia dengan Tuhan sahaja. Dengan Tuhan dia rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah. Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah beliau mendapat darjat Ulul Azmi.

Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian. Oleh itu janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti kita tidak layak. Bila tidak layak tapi ingin juga memimpin, ia boleh menjadi punca kerosakan yang besar kepada manusia. Moga kita sentiasa mendapat petunjuk dan pimpinan Allah sentiasa.

Thursday, April 9, 2009

Pemimpin Naik dan Turun


Enam muka baru jadi menteri :

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua), Datuk Kong Cho Ha (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HAl Ehwal Agama Islam)) dan Datuk Anifah Aman (Menteri Luar).

Lapan muka lama digugurkan :

Datuk Seri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri), Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya), Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Amrisham A.Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) , Datuk Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Ong Ka Chuan (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Datuk Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan)


SENARAI PENUH KABINET BARU KERAJAAN MALAYSIA

(3.00 p.m. 9 April 2009)

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

______________________________________________________

PANDUAN UNTUK MENJADI PEMIMPIN

(ringkasan Modul Kursus Motivasi Kepimpinan di dalam Islam)

MODUL 1 - KATEGORI MANUSIA

  1. Manusia yang jahil tentang diri sendiri hingga tidak mengenali dirinya adalah hamba yang diciptakan oleh Allah SWT
  2. Manusia yang tidak tahu dirinya sebagai khalifah Allah SWT
  3. Perbahasan sifat-sifat manusia sebagai hamba dan khalifah.
  4. Siapa yang paling layak memimpin umat manusia.
  5. Perbezaan di antara nabi dan rasul dalam kategori kepimpinan.

MODUL 2 - BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKAT, BAIKLAH MASYARAKAT

  1. Kejahatan masyarakat mendatangkan kesusahan kepada semua pihak samada secara langsung ataupun tidak.
  2. Masyarakat sahaja yang seringkali dipersalahkan.
  3. Sebahagian besar kerosakan masyarakat adalah sumbangan pemimpin.
  4. Para pemimpin hendaklah menjadi kayu yang lurus yang akan membentuk bayangnya (masyarakat) menjadi lurus.

MODUL 3 - BAGAIMANA ORANG JAHAT MEMIMPIN ORANG JAHAT

  1. Apabila manusia tidak merasai kehambaan serta tiada rasa bertuhan maka mazmumah akan menguasai hati.
  2. Mazmumah adalah punca segala kejahatan.
  3. Apa akan terjadi apabila orang jahat memimpin orang baik.
  4. Apa akan terjadi apabila orang jahat memimpin orang jahat.
  5. Golongan yang berperanan dalam bidang kepipmpinan hendaklah lebih baik.

MODUL 4 - TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN ISLAM

  1. Pemimpin umum menguasai perlbagai bidang, pemimpin khusus menguasai satu bidang sahaja.
  2. Pemimpin akan dipersoalkan tentang agama dan akhlak masyarakat yang dipimpinnya.
  3. Agama dan akhlak mesti dimiliki oleh semua manusia.
  4. Kepatuhan kepada agama dan akhlak boleh mendisiplinkan manusia.
  5. Pemimpin mesti mampu memimpin diri dan mengekang nafsu.
MODUL 5 - SEBAB KEMENANGAN DAN KEJAYAAN SESUATU BANGSA
  1. Kejayaan kerana taqwa.
  2. Kejayaan kerana berkat
  3. Kejayaan kerana kekuatan
  4. Kejayaan kerana istidraj (moga dijauhkan Tuhan)
Ringkasan modul disediakan oleh Pusat Motivasi Fathusshudur, Rawang, Selangor.

Maklumat lanjut untuk sebarang pengisian berbentuk motivasi, kuliah, ceramah, forum, seminar, khemah ibadah, fardhu ain, summer camp, latihan kepimpinan, latihan korporat, kursus smart solat, kursus rumahtangga super, hari keluarga, konsert teater muzikal Islam dan lain-lain bentuk pengisian dan acara,
sila hubungi : 013-2545389 / 013-2545398 / 012-3213747
atau email kepada : fathusshudur@yahoo.com
laman web : http://fathusshudur.carbonmade.com

Fathus Shudur... Pembuka Hati...

Monday, March 16, 2009

Lagi-Lagi Masalah!

Ada masalah di dalam kehidupan, bukanlah satu masalah.
Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam kehidupan di kalangan insan.
Yang menjadi masalah, bukan masalah itu,
tetapi yang menjadi masalah ialah orang itu,
iaitu orang yang tidak tahu peranan Tuhan.
Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya, itulah yang sebenarnya masalah.

Jadi sekarang sudah ada dua masalah.
Yang bukan masalah jadi masalah,
Yang masalah memanglah masalah!
Apabila tidak kenal peranan Tuhan,
masalah itu memanglah jadi masalah, dua kali masalah.

Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah, kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah.
Kalaulah masalah itu adalah masalah, rasul dan nabi, Tuhan tidak akan timpakan masalah.
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah kepada kekasih-Nya,
Tuhan tahu pada mereka bukan masalah.
Kerana itulah mereka ditimpakan masalah.

Pada mereka masalah itu adalah ibadah.
Masalah itu adalah pahala dan Syurga.
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah.
Kerana itulah masalah itu mereka tidak jadikan masalah.
Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah.

Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah.
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka.
Pangkat dan darjat di dalam Syurga.
Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan pelbagai masalah.
Bahkan Tuhan bertambah cinta kepada mereka, dengan masalah yang mereka anggap bukan masalah tetapi ibadah.
Maha Suci Tuhan dari menyeksa hamba dan kekasih-Nya

Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja-kerja Allah,
Pada Tuhan masalah yang ditimpakan kepada kekasih-kekasih-Nya bukanlah masalah.
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka bermasalah.
Dengan masalah-masalah itulah, mereka mendapat ketinggian darjat di dalam Syurga.
Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak difaham oleh orang biasa.

Marilah kita menilai dan melihat sesuatu masalah itu dengan mata hati, dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Agar masalah yang menimpa kita, tidak lagi jadi masalah.
Kerana kita tahu Tuhan sedang ambil perhatian kepada kita, Tuhan ingin memberi Syurga.
Bila sudah melihat kasih sayang Tuhan, masalah besar jadi kecil, yang kecil tidak nampak lagi.

Jadi apa yang menjadi masalah kita sebenarnya?
Punca masalah ialah tidak kenal Tuhan dan tidak tahu kenapa Tuhan datangkan masalah...

Friday, February 20, 2009

Lagi-Lagi Yahudi

Banyak web dan blog menceritakan tentang fakta sejarah dan asal usul keturunan yahudi. Bahkan ada juga maklumat yang menyatakan bahawa keturunan Bangsa Melayu didakwa sebagai keturunan Nabi Ibrahim dari anaknya bernama Qatura yang berhijrah ke Indochina. Apa yang saya dapat daripada guru saya ialah beliau kurang berminat dengan fakta sejarah akan tetapi beliau berminat dengan falsafah sejarah. Ini adalah kerana terkandung 1001 hikmah di sebalik setiap perkara dan peristiwa yang berlaku sebagai pengajaran kepada umat Islam di akhir zaman.

Keturunan atau nasab adalah salah satu faktor penting dalam melahirkan genarasi bertaqwa. Namun kalau hanya faktor keturunan sahaja tidak mencukupi. Mesti disertakan dengan faktor-faktor lain seperti didikan, pimpinan, situasi keluarga, keadaan masyarakat dan negara. Di dunia hari ini, jika kita lihat, masih ramai yang satu keturunan dengan Rasulullah saw. bahkan sesetengah mereka cukup berbangga dengan title Syed dan Syarifah mereka. Bahkan ada juga di kalangan masyarakat kita yang berketurunan dari para sahabat.

Namun jika dilihat secara kasar (bukan semua) kalau dilihat kepada akhlak mereka belum cukup untuk menggambarkan mereka adalah berketurunan yang mulia. Begitu juga, ramai yang bapanya ustaz, ulama, kiyai ataupun mufti namun tidak begitu sifat serta perilaku anak-anak. Kalau benar Bangsa Melayu adalah keturunan Nabi Ibrahim, itu bukan jaminan selamat dan mendapat rahmat Tuhan. Buktinya ramai juga Bangsa Melayu yang jahat dan menentang kebenaran. Yang banyak menentang golongan sufi dan tariqat juga adalah ulama dan pemimpin Melayu. Sama seperti kelompok yang menentang para Rasul adalah dari kaum atau bangsa Rasul tersebut. Qabil adalah anak Nabi Adam yang membunuh adiknya Habil. Anak Nabi Noh juga menolak seruan ayahnya. Ramai juga yang bukan dari keturunan yang nyata baiknya namun hasil didikan dan pimpinan yang tepat berhasil juga mendapat rahmat Tuhan.

Yahudi sebenarnya satu agama samawi yang Rasulnya adalah Nabi Musa melalui kitab Taurat. Sama nasibnya dengan Injil, Taurat juga dilakukan perubahan oleh para Rabai Yahudi. Kalau ada lagi penganut Agama Yahudi dan Kristian yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil yang asal, nescaya mereka tidak sekali-kali memusuhi Islam. Ini kerana dalam kitab Taurat dan Injil yang asal ada menyebut dengan nyata tentang kedatangan Rasul akhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Bahkan para Rabai dan Pendita sangat mengenal sifat-sifat Rasulullah saw umpama ayah mengenali anak sendiri.

Salah satu sebab penolakan mereka kepada Rasulullah SAW kerana disebutkan dalam Taurat dan Injil yang asal itu bahawa Nabi Muhammad SAW adalah dari bangsa Arab Quraisy. Mereka sangat prejudis dan sangat 'asobiah dengan bangsa mereka. Ini adalah kerana disebabkan oleh fakta sejarah bahawa Rasul Dan Nabi kecuali tiga orang semuanya dari Bani Israel atau Bangsa Israel. Mereka mempersoalkan mengapa ada Rasul yang bukan berketurunan Israel. Padahal mereka tahu bahawa perlantikan Rasul adalah hak mutlak Allah SWT yang sudah ditentukan semenjak azali lagi. Begitulah degil dan sombong mereka, iaitu ciri-ciri iblis dan syaitan, hingga Tuhan pun mereka persoalkan.

Hingga hari ini pun Yahudi dan Kristian sangat tidak senang kepada Bangsa Arab dan agama Islam. Ini adalah satu kejayaan doktrin hasil mengubah kandungan Taurat dan Injil. Semua ini ada disebutkan dalam Al Quran. Bahkan kalau meneliti isi Al Quran, amat banyak ayat-ayat yang menjelaskan sifat-sifat Bani Israel. Tuhan juga banyak memberi peringatan, teguran, amaran dan ancaman kepada Bani Israel.


Semua ideologi dan sekularisme adalah ciptaan Yahudi atau Bangsa Israel. Bukan sahaja faham politik seperti demokrasi, komunis atau sosialis bahkan semua sistem dalam dunia ini adalah ciptaan Yahudi. Bani atau Bangsa Israel ini ada keistimewaan semula jadi iaitu cerdik, pintar, bijak dan rajin. Sebab itu kecuali tiga orang sahaja, semua Rasul-Rasul adalah dari bangsa yang cerdik ini. Memang logiklah, Rasul mestilah memiliki sifat cerdik semula jadi. Karl Marx pengasas komunisme itu adalah Bangsa Israel dan beragama Yahudi.

Saya tidak tahu sejarah ideologi seperti demokrasi atau komunis secara detail. Tetapi kalau dikaji secara mendalam dan teliti semuanya bersumberkan falsafah Yunani. Karl Marx yang menyusun ideologi komunis itu bermula dengan falsafah Socrates. Saya sudah lupa falsafah socrates itu. Perlu difahami bahawa Bani Israel bukan bermula dari Nabi Musa. Nabi Musa adalah permulaan membawa agama dan kitab Taurat yang menjadi anutan kepada Bani Israel seperti Nabi Isa membawa agama dan kitab Injil. Sedangkan Bani Israel adalah salah satu bangsa tertua di dunia. Saya juga tidak tahu sejarah Bani Israel. Yang pasti Bani Israel adalah dari keturunan salah seorang daripada dua belas orang anak Nabi Yaakub. Bila asalnya dinamakan Bani Israel itu tidak pula berada di dalam pengetahuan saya.

Mengapa Bani Israel atau lebih mudah disebut Yahudi ini membuat berbagai ideologi atau sistem hidup? Termasuklah sistem politik demokrasi pilihanraya yang terbukti amat memecahbelahkan masyarakat negara kita dan umat Islam seluruh dunia ini? Memang amat banyak sebab musababnya bahkan tidak kurang dari tiga puluh tujuan mereka. Disertakan adalah sebahagian daripada sebabnya, di antaranya:

a. Mereka menolak ajaran agama dan mahu bangsa-bangsa lain juga menolak agama. Secara otomatik menolak Tuhan dan sistem Tuhan. Apabila menolak Tuhan manusia akan menjadi lemah, tiada pertolongan dan bantuan Tuhan. Mudah mereka menguasai dunia kerana mereka cerdik.

b. Mereka mahu memecah belahkan bangsa-bangsa lain yang mereka anggap hamba abdi kepada Yahudi melalui percanggahan ideologi dan sistem. Dengan cara ini bangsa-bangsa lain akan lemah lantas mudah bagi mereka untuk berkuasa d

alam semua bidang. Cuba lihat mana ada dunia yang benar-benar aman damai, melainkan atas nama ideologi, politik dan sekularisme manusia semakin berkrisis dan berpecah belah.

c. Melalui ideologi dan sistem itu manusia lain akan rosak. Umpamanya sistem riba. Riba itu sendiri tidak diamalkan oleh Yahudi. Orang Yahudi juga tidak makan babi. Rokok juga adalah asalnya milik Yahudi yang membina ketagihan. Mereka yang menjadi kaya. Pelacuran juga dicetuskan oleh Yahudi, untuk merosakkan zuriat. Hiburan juga ciptaan Yahudi untuk melalaikan. Sistem pendidikan yang terpisah dari Tuhan memang sengaja dicipta. Urusan agama dihadkan dan dicipta Jabatan Agama dan Pegawai Agama yang hanya diberi bidang kuasa hal2 nikah kahwin cerai dan seumpamanya.

Sebenarnya tidak ada sistem yang terlepas dari jaringan Yahudi. Majoriti pemimpin-pemimpin negara kuasa besar dan negara kaya termasuk pemimpin negara Islam semuanya dalam genggaman Yahudi. Bahkan dalam mentafsirkan ajaran Islam pun sudah dipesongkan oleh Yahudi. Yahudi tidak meminda ayat Al Quran tetapi pemahamannya sudah dipesongkan, Semenjak ratusan tahun Yahudi sudah menguasai Universiti Al Azhar Mesir.

Dari situ lahirlah para ulama jahat yang tidak takut dan tidak cintakan Tuhan sebaliknya cinta dunia. Bertebaranlah ulama' ini keseluruh dunia dengan fahaman yang salah terhadap agama. Di antaranya para ulama keluaran Azhar ini amat sukar untuk menerima perkara2 kerohanian atau yang berkaitan dengan ruh. Bahkan kitab-kitab Imam Al Ghazali pun dipertikaikan. Sebab itu apabila Yahudi menyerang Gaza, para ulama sepi kerana mereka tidak faham kaitannya serangan di Gaza itu dengan kebangkitan Islam di Timur. Ulama tidak faham kaitan serangan Gaza itu dengan perjuangan agama, sehingga mereka menikus dan menjadi penakut.

Semua pusat media utama dunia seperti BBC, CNN, BLOOMBERG dan lainnya adalah milik Yahudi. Intel yang ada dalam setiap komputer adalah produk negara Israel. Kalau bukan kekuatan atau power karamah yang datangnya dari Allah SWT melalui pemimpin pilihan Tuhan, seribu tahun lagi pun umat Islam tidak akan berjaya mengalahkan Yahudi. Hari ini Umat Islam tidak membawa Tuhan dalam penentangan terhadap Yahudi. Tanpa Tuhan bersama, ramainya umat, minyak, duit, senjata canggih, kecerdikan semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi.

Hanya umat Islam yg mempunyai kekuatan ruh dan taqwa sahaja boleh mengalahkan bangsa yahudi walaupun bilang mereka sedikit. Kerana dengan taqwa itu maka akan mencurah2 turun bantuan ghaib yang didatangkan oleh Tuhan. Sudah terbukti, bilangan tentera Islam yang sedikit mampu mengalahkan tentera kafir yang beribu kali ganda lebih ramai daripada tentera Islam. Ini semua bantuan Tuhan, yahudi amat takut dengan umat Islam yang hati mereka cukup dekat dengan Tuhan. Mengapa masih ramai di kalangan umat Islam sendiri tidak meyakini hal ini?

Share This

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...