SALAM
MAULIDURASUL kepada semua. Nabi Muhammad SAW
amat gemar kepada kanak-kanak yang dipanggil sebagai bunga-bunga di
dalam kebun Allah. Kanak-kanak adalah generasi pelapis yang bakal
menjadi pemimpin pada masa yang akan datang.
Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan suatu ketika Rasulullah saw. mencium cucu Baginda saw,
Hassan dan ketika itu ada duduk bersama Baginda saw. Al-Afra bin Habis
At-Tamimi. Al-Afra lalu berkata: “Aku ada sepuluh orang anak tapi aku
tak pernah mencium seorang pun daripada mereka. Maka Rasulullah saw.
pun bersabda, “ Sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak tidak akan
disayangi dan dirahmati Allah.”
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a bermaksud:
“Bukan dari kalangan kami orang yang tidak kasihan belas terhadap
anak-anak.”
Baginda saw. pernah pergi ketempat anaknya
Ibrahim menyusu di rumah seorang tukang besi walaupun jauh. Ia membelai
dan mencium anaknya dengan kasih sayang. Apabila Ibrahim meninggal
Baginda saw. mengalirkan air mata. Rasulullah
saw. amat menyayangi cucu-cucu beliau. Pernah suatu hari, cucu beliau
Saidina Hussin berada di masjid ketika Baginda saw. sedang sujud.
Saidina Hussin memanjat belakang Nabi saw. Baginda saw sengaja
memanjangkan sujud sehingga para sahabat menyangka bahawa ia adalah
satu perintah baru dari Allah swt. untuk memanjangkan sujud . Selepas
Rasulullah saw . selesai mengerjakan solat, mereka bertanyakan beliau
tentang sujud yang lama itu. Rasulullah saw menjawab, Cucuku telah
memanjat belakang ku , maka aku mahu memuaskan hatinya. Aku hanya bangun
dari sujud apabila ia telah puas hati.
Dalam satu hadis yang lain Nabi saw. bersabda: “Aku
mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya.
Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku
kerana aku tidak suka membebankan ibunya”. (Riwayat al-Bukhari).
Jika seorang
bayi dibawa kepadanya, baginda meletakkan di atas ribanya. Jika ditemui
kanak-kanak di jalan baginda akan mendukung kanak-kanak itu. Apabila Nabi saw diberi buah-buahan pada musimnya untuk pertama kali, akan diberikan buah itu kepada kanak-kanak.
Sekali–sekala Baginda saw. mempunyai masa dan kesempatan bermain dengan
kanak-kanak. Pernah Rasulullah saw. berjumpa sekumpulan kanak-kanak
sedang bermain, lalu bagindameminta mereka berdiri sebaris mengadap
beliau. Selepas itu Nabi saw. duduk di satu tempat yang agak jauh dari
kanak-kanak itu. Kemudian Baginda saw. meminta mereka berlari
mendapatkan beliau, siapa yang sampai dahulu akan mendapat hadiah. Maka
kanak-kanak itu berlari dengan sekuat-kuatnya menuju baginda, sehingga
ada yang sampai melanggar paha dan perut Baginda saw. Selepas itu Nabi
saw. memeluk mereka semua dengan penuh kasih sayang.
Rasulullah
s.a.w. selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul
walaupun seorang kanak-kanak di sepanjang hidupnya.
Rasulullah s.a.w. banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan
bukannya pemberian denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak.
Rasulullah
saw. selalu memberikan salam dahulu kepada kanak-kanak. Ini mendidik
mereka dan menanamkan dalam diri mereka agar bersegera memberi salam. Anas
bin Malik meriwayatkan bahawa pernah satu ketika Rasulullah saw
mengutus beliau untuk melakukan satu tugas. Dalam perjalanan beliau
berjumpa beberapa orang budak lelaki. Maka beliau duduk bersama kanak-kanak
tersebut.. Apabila Rasulullah saw mendekati mereka, Rasulullah saw
dengan segera memberi salam kepada mereka. Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam kepada Anas bin Malik. Sehingga akhir hayat beliau, baginda selalu bersegera memberi salam.
SALAM MAULIDIRASUL~ 12 RABI'UL AWAL 1434 HIJRIYYAH
Video clip: Rindu Muhammad Ku - Haddad Alwi feat Anti & Vita
No comments:
Post a Comment
Sudilah kiranya memberi sepatah dua kata.. "Tetamu datang membawa rahmat, perginya pula penghapusan dosa kita..."
Dapatkan koleksi Natural Wood Greeting Card 4 Seasons (Hari Raya - Deepavali - Christmas - Tahun Baru Cina) Limited Editionuntuk kegunaan syarikat ataupun untuk kegunaan anda sekeluarga sebagai kad pengganti diri yang klasik, unik dan ekslusif... Sila layari http://kadrayakayu.blogspot.com/ dan buatlah pesanan anda sekarang,selagi stok masih ada..!
Kedai Spare Part
Kalaulah akal dapat menentukan mana yg baik dan mana yg buruk, mana yg halal dan mana yg haram, mana yg benar dan mana yg salah, sudah tentu tidak perlu lagi Allah mengutuskan para Rasul dan Nabi, kerana para filasuf ribuan banyaknya telah lahir ke dunia ini.
"Pakaian lahir kita baju dan kain atau seluar. Pakaian batin atau rohani kita ialah sifat-sifat taqwa. Hendaklah kamu berbekal, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah sifat taqwa."
No comments:
Post a Comment
Sudilah kiranya memberi sepatah dua kata.. "Tetamu datang membawa rahmat, perginya pula penghapusan dosa kita..."