SALAM MAULIDURASUL 1433 HIJRAH
Wednesday, February 8, 2012
Salam Maulidurasul 1433 Hijrah
Kategori:
artikel,
hikmah,
Maulidurasul,
nasyid,
perjuangan,
Rasulullah,
sejarah,
yahudi
Sunday, June 12, 2011
Ketinggian Akal dan Kesufian Imam Ghazali
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa
pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
**********************************
Di dalam sebuah ceramah Al Musnid Al Allamah Al Arif Billah Al Hafidz Habib Umar bin Hafidz telah menceritakan. Bahawa Al Imam Hasan Assadzili salah satu Ulama Tabi'in pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Di dalam mimpinya beliau melihat
Rasulullah SAW duduk di tempat yang lebih tinggi dikelilingi olah para Nabi dan Rasul, para sahabat Nabi, para siddiqin, para solihin, para syuhada dan imam-imam besar.
Di dalam majlis itu, Nabi Musa AS telah bertanya kepada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah SAW, Apakah maksud Hadis: Ulama-ulama di kalangan umatku seperti nabi-nabi Bani Israel?”.
Maka Rasulullah SAW pun memanggil Imam Ghazali dan memperkenalkannya kepada Nabi Musa AS “Ini adalah salah satu ulama di masa kami yang bagaikan para nabi di masa kalian.”
Nabi Musa AS telah bertanya kepada Imam Al-Ghazali, “Siapakah nama mu”. Maka Imam Ghazali pun menjawab, “Namaku ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Hamid Al Ghazzali. Atau yang lebih dikenal Imam Ghazali At Thu'usi”
Nabi Musa A.S berkata “Aku bertanya nama mu sahaja, kenapa kau menyebut nama ayah dan datuk mu”.
Imam Al-Ghazali meminta izin dari Rasullullah untuk menjawab persoalan dari Nabi Musa Kalimullah. Selepas mendapat keizinan maka Imam Al-Ghazali pun menjawab, “Bukankah Allah telah bertanya kepadamu : “Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa? (Surah Toha:17), dan Nabi
Musa menjawab: Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu. (Surah Toha:18) ”
Nabi Musa lantas berkata “Tuhan itu adalah kekasih kita, maka aku mengambil peluang itu untuk bercakap panjang lebar dengannya lantaran rasa kerana senang, nikmat dan lazat dapat bercakap dgn Tuhan. Maka Imam Ghazali pula mengatakan “Begitulah aku, kamu juga adalah kekasih aku, maka aku juga mengambil kesempatan untuk bercakap panjang lebar denganmu”.
Rasulullah SAW berkata: “Wahai Musa, apakah ada ulama di masa kamu bagaikan nabi di masa kami?” Nabi Musa AS menjawab “Tidak ada Ya Rasulullah.”
Petikan Kitab : Risalatul jam'iyah karya Al Habib Ahmad bin Zain Al Habsyi
Monday, April 25, 2011
Menu Hari Ini : Rojak Kerohanian
Untuk menjadi seorang mukmin dengan menjadi seorang Islam tidak sama. Untuk menjadi orang mukmin, susah tetapi menjadi orang Islam senang. Oleh sebab itu dalam Al Quran tidak ada suatu ayat pun yang Tuhan memberitahu hendak bela, tolong, jamin memberi kemenangan, memberkati dan untuk memberi rezeki yang tidak terduga kepada orang Islam. Yang selalu Tuhan sebut ialah hendak memberi pertolongan, memberi bantuan, memberi rahmat, berkat dan kemenangan kepada orang mukmin dan bertaqwa. Di sinilah kadang-kadang kita terkeliru. Apabila menjadi orang Islam, kita sudah berpuas hati.Menjadi seorang Islam itu soal lahir atau sikap lahir iaitu mengerjakan sembahyang, puasa, zakat, seterusnya haji bila cukup syarat. Bila itu dilaksanakan, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang kafir. Malah lebih mudah dari itu iaitu siapa sahaja yang sudah mengucap dua kalimah syahadah, maka jadilah dia seorang muslim atau seorang Islam tetapi belum tentu dia mukmin.
Oleh kerana itulah kita baca dalam sejarah di zaman Rasulullah ada seorang Arab Badwi, dia sudah masuk Islam, maka dia buat pengakuan kepada Rasulullah bahawa dia sudah jadi orang mukmin lantas ditegur oleh Rasulullah masa itu juga. Kata Rasulullah, "Jangan engkau katakan engkau telah
beriman. Engkau katakan sajalah engkau sudah Islam."Mengapa? Ini kerana iman ada hubungan dengan hati, roh, nafsu dan akal. Iman termasuk soal rohaniah. Bukan sahaja orang tidak nampak, bahkan kebanyakan orang yang rohnya tidak hidup, tidak tahu pun perjalanan dalamnya. Dia tidak boleh faham perjalanan rohaninya, tidak boleh membaca nafsu dan akalnya.
Iman ditentukan oleh faktor dalaman, Islam ditentukan oleh faktor luaran. Kesempurnaannya ialah gabungan kedua-duanya sekali tetapi yang penting ialah faktor dalaman. Iman itu isi manakala Islam itu kulit. Kalau tidak dipimpin oleh Tuhan atau ilmu kita tidak halus atau roh kita tidak bercahaya, kita akan banyak terlibat dengan dosa dan kederhakaan dalaman atau rohaniah tanpa kita sedar.
Manakala faktor luar, persoalannya adakah kita boleh melawan nafsu atau tidak, itu sahaja. Kita tahu dan sedar kalau kita terbuat dosa, itu satu kesalahan. Antara contohnya:
1. Kalau kita curi ayam orang, tentu kita tahu kita berdosa. Tanyalah sesiapa pun. Kita tahu perbuatan itu salah tetapi jika hendak curi juga, itu persoalan lain. Namun kita tahu dan akan berkata, "Aku ini buat salah. Kalau polis tahu tentu kena tangkap."2. Katakanlah kita tampar orang. Bila ditanya tentu kita akan berkata, "Memang saya salah. Saya tidak dapat lawan nafsu saya." Begitu juga kalau orang tampar kita, dia pun akan jawab yang sama.
3. Kalau kita maki orang tentu kita rasa bersalah.
Jadi soal Islam adalah soal luar. Kesalahan lahir yang berbentuk fizikal mudah kita kenal dan tahu. Tetapi yang lebih banyak kita berdosa dan derhaka ialah dalam soal iman, rohaniah, nafsu dan roh kita atau dalam istilah lain, dosa batin atau dosa hati. Bahkan setiap hari kita buat dosa dalaman tetapi kita sedar dan tidak rasa berdosa. Sebenarnya kalau kita faham, dosa dalaman kita lebih banyak dari dosa luar. Apabila kita tidak membuat dosa luar, seperti tidak mencuri, tidak membunuh orang, tidak pukul orang, tidak berzina dan tidak mengata orang, kita terasa senang hati. Terasa tidak ada dosa jadi rasa senang hati dan sudah terbayang mendapat Syurga. Sebenarnya kalau kita terbuat satu dosa lahir, maka dosa batin kita sepuluh. Kalau buat dua dosa lahir maka dosa batin dua puluh. Kalau langsung tidak terlibat dengan dosa lahir pun, pasti kita ada dosa batin. Rasa tidak berdosa itu pun adalah dosa batin. Itulah nisbah antara dosa lahir dan dosa batin. Jadi macam mana kita kata kita sudah bersih? Bagaimana hendak menjadi orang mukmin. Kita hanya boleh jadi orang Islam.

Hari ini kita berbicara tentang rojak kerohanian. Kalau rojak yang dimakan, memang sedap sebab ada udang, ada telur, ada mee dan lain-lain. Yang hendak diperkatakan ini rojak juga tetapi rojak kerohanian. Rojak ini tidak sedap. Rasanya pahit. Yang dimaksudkan rojak kerohanian ialah di dalam diri kita, secara rohaniahnya, bercampur bermacam-macam sifat baik dan buruk.
Mari kita membaca batin kita. Kita akan dapat hujah-hujah bahawa untuk menjadi orang mukmin itu memang susah. Contoh-contohnya seperti berikut:
1. Kalau lihat kumpulan budak lepak yang jahat, suka mengusik dan meragut barang orang, ada dua perasaan atau dua sikap kita yakni:
a. Kita kata itu dia punya pasallah. Bukan hal kita. Usah ganggu mereka kerana itu hak asasi mereka. Di Barat, orang bunuh orang pun dia anggap itu hak asasinya. Kalau hendak kena tangkap pun dia, bukan kita. Orang lain tidak tolong selamatkan pun tidak apa. Sudah sampai ke peringkat itu di Barat. Sikap yang pertama ini adalah dosa kerana tidak ada rasa tanggungjawab.
b. Bila melihat budak lepak, ada golongan yang mengatakan 'jahat betul', 'tak guna', 'sampah masyarakat'. Terasa tidak berdosa bila berkata begitu. Sikap yang kedua ini lagi berat. Sepatutnya bila melihat budak lepak itu timbul rasa kasihan lalu mendoakan mereka kerana mereka tidak dapat petunjuk. Kalau tidak berani memberi nasihat, takut dipukul oleh budak itu,
berdoalah, "Wahai Tuhan, berilah petunjuk kepadanya." Sebaliknya kita menghina mereka. Pernahkah kita rasa berdosa, bila balik ke rumah rasa menyesal lalu istighfar jika tadi sudah terlajak cakap terhadap budak itu. Jika tidak, itulah dosa batin. Ertinya roh sudah rosak.2. Bila kita melihat orang miskin, ada rasa simpati hendak tolong atau tidak? Kalau kita tidak mampu hendak tolong kerana kita pun miskin, adakah kita doakan semoga dia murah rezeki? Pernahkah kita rasa berdosa kerana tidak rasa begitu terhadap orang miskin? Adakah kita rasa berdosa sebab tidak merasa susah dengan kesusahan orang miskin?
3. Satu hari kita dengar orang puji kita. Hati pun berbunga di dalam. Orang keji, kita terasa sakitnya. Pernahkah hati rasa berdosa? Berdosa kerana berbunga hati bila dipuji dan sakit hati bila dikeji. Walhal pujian itu pakaian Tuhan dan kejian itu pakaian hamba. Sebab itu hendak jadi orang mukmin sangat susah. Hendak jadi Islam, senang.
4. Sepanjang hari kita rasa sombong dan riyak. Pernahkah kita rasa berdosa? Sedangkan sombong, riyak, rasa megah adalah dosa besar. Kalau kita buat dosa lahir, contohnya curi ayam, itu dosa kecil. Jika orang terkenal atau popular yang mencuri telur ayam, beritanya sehingga masuk muka depan surat khabar, padahal itu dosa kecil. Tetapi dosa dalaman iaitu riyak, ujub, sombong, hati berbunga bila dipuji, bila dikeji sakit hati adalah dosa besar tetapi tidak terasa. Mencuri telur ayam semua orang riuh padahal itu dosa kecil. Buat dosa besar dalam hati tidak ada siapa yang kisah. Orang pandang besar dosa yang di luar tetapi yang di dalam itu tidak terasa walaupun dosa besar. Inilah yang dimaksudkan, dosa batin lebih besar daripada dosa lahir. Dosa lahir itu memang kita tidak mahu buat dan susah hendak terbuat. Tetapi dosa dalaman atau dosa batin, sehari berpuluh-puluh kali kita buat.
5. Kadang-kadang kita buat dosa yakni kita tidak sedar bahawa kita ada kepentingan diri. Kita fikir, "Mana aku ada kepentingan diri? Aku tak gila pangkat atau harta. Kalau gila harta atau pangkat, bolehlah kata ada kepentingan diri." Sebenarnya gila pangkat dan harta itu sudah besar sangat. Kalau orang yang ada asas, dia tidak akan buat perkara seperti itu.
Antara contoh kepentingan diri : Adakah kita ziarah ibu bapa kita? Kadang-kadang bila balik kampung, kena marah. Hubungan anak dengan ibu bapa lebih kurang sahaja. Sebab itu malas hendak balik. Baru tiba di depan pintu sudah kena 'sembur'. Kalau orang yang tidak ada kepentingan diri, dia fikir, "Hendak kena marah, hendak kena sembur ke, biarlah. Ziarah ibu bapa adalah tanggungjawab saya."Ramai yang terperangkap dengan dosa-dosa ini tetapi tidak menyedarinya. Kalau sedar, kita harap Tuhan ampunkan. Ramai orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan haji tetapi tidak sedar dengan dosa-dosa ini. Kita ingat kepentingan diri itu ialah rebut jawatan atau rebut harta tetapi jika suka pergi kenduri dan tidak suka ziarah orang sakit, tidak rasa itulah kepentingan diri. Kita dulukan kehendak kita dari kehendak Tuhan dan kehendak orang lain. Itu kepentingan dirilah namanya. Tidak sedar yang diri telah buat dosa.
6. Orang yang berdakwah sudah biasa terima duit. Ada tempat yang bagi duit atau envelope, ada tempat yang tidak bagi. Di tempat yang biasa ada imbuhan, kita rajin pergi berdakwah walaupun yang dengar lima orang sahaja. Tetapi bila sampai jadual dakwah di masjid atau ditempat yang tidak dapat bayaran, walaupun 500 orang
yang dengar, kita tidak mahu pergi dengan alasan sakit-sakit badan. Adakah terfikir bahawa itu ada kepentingan diri. Itu semua adalah dosa batin.7. Orang yang agak beragama, tidak meninggalkan sembahyang, tidak meninggalkan puasa, sekali-sekala keluar zakat, pergi haji bila cukup syarat, sekali-sekala umrah, baca Al Quran, wirid dan zikir, dia berkata, "Aku tidak cuai. Aku tidak salah." Dia terlupa bahawa dia tidak cuai tetapi lalai. Mana kita perasan kita tidak cuai tetapi lalai. Yang punya diri pun tidak perasan. Kalau tidak sembahyang, dia sudah tahu dia cuai dan terasa kecuaiannya. Kalau sudah cukup syarat tetapi tidak pergi haji, dia rasa cuai.
Bagaimanakah yang dikatakan tidak cuai tetapi lalai? Ertinya tidak cuai itu kerana ibadah dilaksanakan dan dibuat tetapi adakah ibadah itu dapat dihayati? Bila rukuk dan sujud apakah yang dibaca? Apakah yang kita rasa? Ini adalah kes atau contoh tidak cuai tetapi lalai. Inilah yang Tuhan maksudkan dalam ayat Al Quran yang bermaksud: "Neraka Wail bagi orang-orang yang solat. (Iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." (Al Ma'un: 4-5)
Masuk Neraka bukan kerana cuai tetapi kerana lalai sebab dalam ibadah tidak ada roh dan tidak dihayati. Kalau kerana cuai lebih teruk lagi, kerana langsung tidak berbuat. Tapi pernah terfikirkah kita yang kita membuat dosa lalai?Lalai adalah satu dosa. Kita tidak cuai berpuasa dalam bulan Ramadhan tetapi berdosa kerana sepanjang puasa itu kita lalai, tidak ada rasa kehambaan, tidak ada rasa bertuhan, tidak takut dan tidak cinta dengan Tuhan. Sepanjang hari kita mengumpat, marah anak buah, benci pada majikan, bermasam muka suami isteri, tidak bertegursapa sesama jiran, lalai sehingga berkurangan pahala puasa kita. Pernahkah ada merasa berdosa kerana lalai dalam berpuasa?
Itulah hujah untuk mengatakan menjadi orang Islam senang sebaliknya untuk menjadi orang mukmin susah. Kita tidak cuai tetapi lalai. Tidak berbuat dosa lahir tetapi berbuat dosa batin. Ada kepentingan diri secara tidak sedar. Disangkakan orang yang berebut jawatan dalam parti dan dalam kerajaan, itulah orang yang berkepentingan diri. Sedangkan itu sudah besar sangat, tetapi kepentingan yang setiap hari kita buat, kita tidak sedar. Bagaimana kita boleh sedar bahawa kita sedang mengharungi dosa kejahatan batin?
8. Kalau sembahyang seorang diri, kita sembahyang lebih kurang sahaja tetapi berbeza kalau bersembahyang ramai atau berjemaah. Waktu berjemaah, kita begitu tertib. Apatah lagi kalau menjadi imam, sedap bacaannya. Sedangkan kalau sembahyang seorang diri, bacaan tidak sedap. Ada dosa di situ iaitu ada rasa kepentingan diri. Tidak sedar yang kita berbuat dosa.
Sebab itu Tuhan menyuruh kita sama ada ada dosa atau tidak, buat dosa atau tidak, nampak dan perasan ada dosa atau tidak, tetap disuruh rasa berdosa kerana memang ada dosa-dosa yang kita tidak sedar, iaitu dosa-dosa yang sangat tersirat. Lebih-lebih lagi kalau kita tidak ada pemimpin dan mursyid, banyak perkara-perkara halus dan seni yang kita tidak nampak. Sebab itu rasa kehambaan dan rasa bertuhan perlu dikekalkan. Termasuklah taubat dan rasa menyesal. Rasa berdosa mesti dikekalkan kerana walaupun tidak nampak dosa yang dibuat tetapi pasti ada dosa tersembunyi yang tidak dapat hendak dicungkil.
Orang mukmin yang sejati, hatinya seperti gelombang ombak di laut, berombak-ombak tetapi tidak nampak. Lantaran merasai setiap detik dan saat terlalu banyaknya dosa-dosa yang telah dibuat dalam sehari. Bahkan dosa batin lebih banyak daripada dosa lahir tetapi tidak disedari. Biasanya dosa yang tidak terampun adalah dosa batin. Oleh kerana tidak ada
rasa berdosa maka kita tidak bertaubat. Dosa lahir mudah disedari dan ditaubatkan. Di Akhirat, ramai orang tidak lepas dan masuk ke Neraka kerana dosa batin mereka.Kalau begitu, masih banyak lagi yang tidak selesai. Banyak lagi kejahatan batin yang berlaku. Oleh itu, banyakkan bertaubat dengan Tuhan. Cari ilmu lagi supaya boleh baiki diri. Tidak cukup hanya menjadi orang Islam sahaja. Kita mesti menjadi orang mukmin. Tuhan tidak akan menolong orang Islam kerana Tuhan hanya menolong orang mukmin. Kalau hendak mengharapkan bantuan dan pertolongan Tuhan, mestilah kemaskinikan diri untuk mendapat bantuan Tuhan itu.
(credit video clip goes to See Sharp Minor)
Monday, February 21, 2011
Antara betis pelumba basikal negara dan betis Saidina Ali
Melihat kepada berita muka depan akhbar baru2 ini yang bertarikh 21 Februari 2011, rata2nya memaparkan gambar pelumba basikal kebangsaan, Azizul Hasni Awang yang mengalami kecederaan di betis beliau lantaran terlibat dengan kemalangan bersama tiga pelumba lain dalam final round Kejohanan Basikal Track World Cup di Manchester, England.
Apa yang menarik perhatian saya bilamana akhbar melaporkan bahawa Azizul tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan. Gambar foto pula menunjukkan keadaan Azizul selepas menamatkan perlumbaan dengan sebilah serpihan kayu kelihatan jelas tertusuk di betis kiri beliau.
Melihat keadaan pelumba Negara yang tidak sedar betisnya tertusuk kayu terus menyebabkan saya teringat kisah Saidina Ali Karamallahu Wajhah yg betisnya tertusuk panah ketika peperangan. Lantaran ketiadaan bius dan ubat pelali pada waktu itu, maka Saidina Ali telah mengambil keputusn untuk mendirikan solat sunat dua rakaat, maka pada waktu itulah para sahabat yang lain telah mencabut panah tersebut dalam keadaan Saidina Ali tidak sedar dan tidak langsung berasa sakit. Begitulah sekali hebatnya perihal orang yang ‘Khusyuk’ dengan sesuatu perkara yang mana dia akan tenggelam dengan keasyikan dan asyik makhsyuk terhadap perkara yang dikhusyukkannya itu hingga tidak akan sedar atau tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya.
Lantaran tingginya rasa cinta kepada negara dan terlalu asyik mahsyuk dengan perlumbaan maka pelumba negara itu tidak sedar akan betisnya tertusuk sebilah kayu ketika perlumbaan basikal itu.. Saya menyeru kepada semua pembaca untuk menggunapakai kaedah dan formula yang sama iaitu dgn menambah kecintaan kepada Tuhan dan melahirkan rasa terlalu asyik mahsyuk (khusyuk) dengan Tuhan agar kita dapat menikmati rasa khusyuk di dalam solat sehingga mencapai satu tahap seperti Saidina Ali yang tidak menyedari apabila sahabat lain telah mencabut panah yang tertusuk di betisnya itu.
Janganlah kita membandingkan amal ibadah kita dengan amalan baginda Saidina Ali yang ibarat langit dengan bumi, tetapi paling tidak kita ambil sikap mencuba bersungguh-sungguh dan bercita-cita ke arah kesempurnaan ibadah seperti Saidina Ali mudah2an kita dianugerah rasa khusyuk seperti baginda.
Mustahil? Tidak..! Pelumba basikal negara sudah buktikan, bahkan diri kita juga sudah membuktikan, tetapi untuk perkara2 selain daripada Tuhan. Kita boleh khusyuk terhadap pekerjaan kita, kita boleh khusyuk terhadap minat kita untuk memancing hingga tidak sedar
sudah berjam2 kita mencangkung di tepi kolam, kita boleh khusyuk untuk membasuk, mengilat dan mempolish kereta hingga tidak dengar isteri sedang memanggil masuk ke rumah, bahkan ada yang sanggup menghabiskan beribu2 ringgit utk menambah pelbagai aksesori lantaran terlalu minat, asyik dan khusyuk dengan kereta. Kita boleh khusyuk menghadap televisyen yang sedang menayangkan pelakon hindustan kegemaran kita hingga tidak sedar suami sedang membuat muka masam di sebelah lantaran berkali2 panggilan dari bilik tidur tidak dijawab..!
Suka saya untuk membuat satu hipotesis dan perbandingan khusyuk ini dengan sesuatu yang menjadi minat dan kesukaan kebanyakan orang pada hari ini... Alangkah baiknya sekiranya minat dan khusyuk itu dapat kita latih dan asah untuk menambahkan minat dan kecintaan kita terhadap Allah SWT dan kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW.
1. kalau mlm ni ada final bola piala dunia, pukul 3 pagi pun kita sanggup bangun. tp utk bangun malam bertahajud bahkan utk solat subuh sekalipun, terasa berat sangat lah nak angkat selimut.. itu tandanya kita khusyuk dgn bola lebih drp khusyuk dgn Tuhan..
2
. kalau utk bermain bola selama 90 minit dan masa tambahan (kalau masih seri jaringan) lagi 30 minit dan sekiranya masih seri lagi kalau boleh nak minta lg masa tambahan, kita x terasa kepayahan dan kepenatannya lantaran stamina kita yg cukup hebat.. akan tetapi utk selesaikan solat fardhu yg tak smpai 10 minit itu terasa berat dan amat payahnya, bahkan kalau boleh nak cepat2 habis.. itu tandanya kita khusyuk dgn bola lebih drp khusyuk dgn Tuhan..
3. kalau jersey bola yg original dgn harga yg beratus ringgit dan kasut but bola yg berjenama sanggup kita keluarkan belanja yg mahal, tetapi utk mendirikan solat kita sekadar memakai kain pelikat cap gajah yg sudah lusuh, dan berbaju melayu raya 3 tahun lepas, (brgkali ada yg hanya berbaju pagoda) serta memakai kopiah berharga 5 hengget, itu tandanya kita lebih khusyuk dgn bola drp khusyuk dgn Tuhan..
4. kalau saban hari (bukan setiap masa) kita boleh bercakap, berbincang, bercerita dan mengupdate status ttg bola dan pasukan kegemaran, melayari website pasukan bola sepak dan mengikuti perkembangan pemain kegemaran kita, tetapi amat jarang kita menyebut, bertasbih, memuji, dan memperkatakan sesuatu yg berkait dgn Tuhan, mengaitkan setiap kejadian, keindahan alam ataupun malapetaka dan bencana kpd kekuasaan Tuhan, melayari website utk mendalami ilmu islam atau bermuzakarah dgn teman2 FB berkenaan isu2 agama, fardhu ain dan semasa berkenaan islam, dan mengikuti perkembangan serta menghayati sejarah perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW, itu tandanya kita lebih khusyuk dgn bola drp khusyuk dgn Tuhan dan kekasih Tuhan..
Justeru, untuk men
dapatkan khusyuk di dalam solat, pertingkatkanlah rasa khusyuk kita kpd Tuhan, pertambahkan rasa kecintaan kita kpd Nabi SAW yg telah mengajar kita bersembahyang, dan sama2lah kita mengotakan janji dan ikrar yang kita bacakan saban hari dan waktu setiap kali kita mendirikan solat: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya dan semata-mata kerana Allah Tuhan sekalian alam..
Monday, January 31, 2011
Insyaallah.. Ada jalannya..

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
c/0
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...
Credit goes to : http://www.facebook.com/MZMfc
Lyrics by : Frizdan Fizarahman, Youtube credits : Nijimedia,
Photo credits : Firdaus Mahadi and Maher Zain Fan Club
Kategori:
Insya Allah,
nasyid,
perjuangan
Subscribe to:
Posts (Atom)








