Thursday, February 5, 2009

Islam, Bangsa Cina & Timur

Malam semalam, saya berkesempatan untuk hadir ke Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru Cina di Damansara. Saya dipelawa utk turut serta ke Open House tertutup Uncle Lee melalui rakan motivator saya, Saudara Shuib Sulaiman atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Shuib, penulis blog Era Timur yang sudah mengenali Uncle Lee sekian lama. Uncle Lee yang juga agak aktif di area pem'blog'an turut mengundang penulis2 blog lain dan antara yang turut hadir pada malam tadi ialah penulis blog tidak asing lagi dengan motto 'No Holds Barred'nya iaitu Saudara Raja Petra Kamarudin.

Di satu sudut meja, apabila Uncle Lee ini disapa dan ditanya oleh tetamu2 Melayu berkenaan situasi politik di Negeri Perak yang agak kritikal sekarang ini, Uncle Lee mengatakan bahawa sistem politik negara bahkan dunia sekarang ini sedang menuju kehancuran. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah politik negara kita, perihal lompat keluar masuk parti yang cukup ketara tambah lagi yang menjadi taruhannya adalah sebuah negeri!

Apa yang mengejutkan saya, ialah bilamana Uncle Lee yang berbangsa Cina dan menganut agama Buddha itu dengan yakin mengatakan bahawa segala kemelut dan permasalahan ini akan selesai dengan kedatangan seorang penyelamat atau pemimpin yang dia istilahkan sebagai 'Orang Tuhan'. Apabila ditanya oleh tetamu itu lagi, apa yang dimaksudkan dengan orang Tuhan itu, maka Uncle Lee menjawab dia adalah seorang yang seperti Ayatullah Khomeini! iaitu orang yang kuat agamanya, religious, berwibawa serta mampu melagangkan sistem yang tersendiri (barangkali yang dimaksudkan ialah sistem politik Islam yang bersih, adil dan tersendiri)

Terpinga2 tetamu Melayu itu mendengar jawapan yang tidak disangka2 keluar dari mulut seorang yang berbangsa Cina. Saya tidak hairan, kerana bangsa Cina sudah menerima Islam jauh lebih awal daripada bangsa Melayu! Bahkan sekiranya umat Islam yang menjadi kaum minoriti di China itu dipanggil ke negara kita, nescaya tidak muat kerana bilangan mereka adalah lebih ramai daripada bilangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini! Sungguh luarbiasa bilamana seorang berbangsa cina boleh memberi pandangan tentang scenario politik negara dan memberi sokongan kepada kepimpinan Islam.

Mari kita lihat dari sudut sejarah, bilamana Nabi junjungan tercinta kita pernah mengatakan bahawa Konstantinopal akan jatuh ke tangan sebaik2 pemimpin,sebaik2 tentera dan sebaik2 rakyat. Maka bermula daripada saat itu, para sahabat pun berbondong menuju ke kota konstantinopal utk merealisasikan hadith tersebut termasuklah Abu Ayub Al-Ansari yang sudah berumut di waktu itu. Namun atas keyakinan dengan janji Tuhan itu maka Abu Ayub pun memimpin tentera Islam di waktu itu namun beliau telah syahid di pintu masuk kota itu. Diikuti dengan ribuan lagi para sahabat yang pergi menyahut seruan di era khulafa' arrasyidin , tabi'in dan tabi' tabi'in. Namun rupa2nya, hadith itu dibuktikan kebenarannya di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh, dari empayar Uthmaniah iaitu selepas 600 tahun baginda junjungan memberi isyarat kemenangan itu. Segala isyarat drpd Nabi SAW berupa janji Tuhan yg merupakan khabar gembira buat umat Islam, malah perlu disambut, diusahakan dan dibuktikan kebenarannya.

Satu khabar gembira yg ingin saya utarakan di sini ialah janji atau isyarat yang telah dikhabarkan oleh kita melalui lidah baginda SAW iaitu di akhir zaman nanti, Islam akan bangkit semula daripada Timur. Ini adalah khabar gembira yang cukup ditakuti oleh musuh Islam terutama yahudi. Perlu diingat, orang yahudi ialah orang yang cukup mengkaji hadith terutama hadith akhir zaman. Sebaliknya umat Islam ialah orang yang cetek pengetahuan tentang ilmu hadith bahkan cukup takut untuk mengenengahkan hadith2 akhir zaman!

Bila dilihat daripada perkataan 'Timur', ia agak umum bahkan mana2 negara yang terletak di bahagian timur peta dunia boleh claim bahawa merekalah timur yg dimaksudkan. sepertimana juga para sahabat yang berbondong pergi ke kota konstantinopal untuk melihat samada mereka itukah yg baginda maksudkan dengan sebaik2 pemimpin, sebaik2 tentera dan sebaik2 rakyat. sekiranya bukan mereka sekalipun yg dijanjikan, namun mereka sudahpun menempa sejarah dan menempah tempat di Syurga Allah lantaran syahid kerana ingin membuktikan kebenaran hadith tersebut.

Timur? apakah negara matahari terbit jepun yang dimaksudkan. kita tolak tepi kesemua negara2 bukan Islam utk memudahkan kita membuat perkiraan. Malaysia dan Indonesia terletak di sebelah timur peta dunia... Bahkan antara sebab para sahabat berhijrah dan berdakwah sampai ke Tanah Melayu ialah kerana mereka sendiri ingin merealisasikan hadith tersebut, mereka amat berharap agar mereka jugalah yang akan mempelopori kebangkitan Islam kali kedua ini. Oleh sebab itu kita dapat melihat banyak makam para sahabat dan ulama tabi'in itu berada di luar daripada Tanah Arab. Kedatangan pedagang Arab satu ketika dahulu itu sebenarnya bukanlah bertujuan utk berdagang atau berekonomi semata2, sebaliknya untuk mencari dan melihat sendiri bumi bertuah manakah di sebelah timur yg dimaksudkan oleh hadith Baginda SAW. Dan perlu diingat juga, kedatangan penjajah ke bumi bertuah kita ini juga bukanlah semata2 utk meluaskan empayar dan jajahan takluk mereka, tetapi mereka juga ingin mencari negara timur mana yg bakal menggugat empayar mereka satu hari nanti.

Pihak barat, yahudi dan Amerika pula mengandai bahawa timur yang dimaksudkan ialah Afghanistan atau mungkin juga Iraq, kerana kecanggihan tentera mereka. pelbagai usaha (dan alasan) mereka lakukan utk menyerang dan memusnahkan kedua negara itu - dan mereka berjaya melakukannya. Namun bahang kebangkitan Islam itu masih terasa. Saya berani jamin, selepas ini berkemungkinan besar Presiden Obama akan mencari alasan pula untuk mengebom Iran ataupun Syria. Tambah pula Iran memang ada membangunkan senjata nuklearnya sendiri, alasan dan bukti yg ckup kuat utk Amerika menyerang Iran.

Mereka juga turut mengandaikan Malaysia dan Indonesia sbg timur yang dijanjikan itu. Bahkan mereka sudah awal2 lagi menghantar penjajah untuk menjajah negara kita, dan yg lebih penting untuk menjajah minda, pemikiran, sistem dan cara hidup kita. Sehingga akhirnya mereka membuat kesimpulan, xkan lah org Melayu yang terkenal dengan lemah lembut dan sopan santun ini yang akan menggugat mereka di akhir zaman nanti. Lihat sahajalah kerosakan dan keruntuhan akhlak remaja mereka, pergolakan politik mereka, ekonomi yang turun naik, x mungkin mereka yang akan mengepalai kebangkitan Islam kali kedua! Namun mereka tidak sedar, bahawa di Tanah Melayu ini pernah lahir dan menjadi tempat bergelanggang golongan ulama dan Wali Allah sehingga mengalir keberkatan dan kesejahteraan di muka bumi ini. Lihat saja buktinya negara kita bebas daripada bencana alam yg dahsyat, kaya dengan sumber bumi, bahkan kesedaran dan pengamalan Islam di negara kita adalah lebih bagus drp negara2 Islam yg lain.

Namun mereka lupa, kekuatan umat Islam yang terbina sejak zaman Nabi SAW dan digunapakai sehingga zaman Sultan Muhammad Alfateh itu ialah kekuatan ruh iaitu iman dan taqwa. Kekuatan ruh inilah yang bisa melumpuhkan kekuatan lahiriah (quwwah) dan juga senjata. Tidak salah sekiranya kita mengandaikan bahawa di tangan negara kita Malaysia inilah kebangkitan yg dimaksudkan di dlm hadith itu akan terjadi, sptmana Abu Ayub Alansari mengandaikan di tangan dia dan tenteranyalah constantinople akan jatuh.

Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, pihak musuh telah dikaburi sehingga mereka tersilap membuat andaian. ada sahaja sebab musabab yg menyebabkan mereka gagal memusnahkan negara kita ataupun merosakkan kepercayaan umat Islam negara kita hingga ke akar umbi. Bahkan mereka juga tidak tahu, bahawa umat Islam minoriti di negara China itu nanti akan turut sama bangun dan menyertai kebangkitan Islam kedua apabila terkena tempias aura kebangkitan Islam yg dicetuskan di nusantara ini.

Setiap perkara perlu dinilai dan dilihat hikmah di sebaliknya, suluhlah dengan pandangan mata hati yang dipandu oleh iman dan taqwa. kelebihan inilah yg tidak dipunyai oleh musuh2 Islam dan yahudi sehingga mereka tersilap dan melihat, menilai dan membaca jadual kebangkitan Islam dan hadith akhir zaman. Ini adalah berita gembira untuk umat Islam... Namun ramai yang masih belum menyedari, biarpun yahudi terlebih dahulu menyerang palestin beberapa hari sebelum kedatangan bulan muharram, kerana mereka cukup tahu bahawa bulan muharram itu adalah bulan kemenangan bagi umat Islam. Sama2lah kita berdoa agar kebenaran itu dizahirkan dan yang batil itu segera dihapuskan. Sama2lah kita berdoa juga, agar Allah SWT segera mendatangkan seorang pemimpin, ulama, Presiden, Perdana Menteri atau sesiapa juga yang layak digelar tokoh untuk memimpin ummah secara keseluruhannya sepertimana yang disebut oleh Uncle Lee di awal2 tadi sebagai 'Orang Tuhan' itu. Tuhan pasti tidak akan mengecewakan doa dan permintaan daripada hamba2Nya. Ketahuilah bahawa sekarang ini ialah Era Timur...

* Kepada sesiapa yang ingin meminta pandangan dan komen tentang isu semasa, scenario politik dlm mahupun luar negara mahupun tentang scenario kebangkitan Islam bolehlah menghubungi mereka melalui email mereka :- Encik Shuib Sulaiman (ustshuib@yahoo.com) & Uncle Lee (yauhui@gmail.com) ataupun layari blog www.eratimur.com

6 comments:

  1. orang tuhan tak tau la bila nak muncul, harap2 cepat la. tapi orang katak ada dah la. la ni tengah galak dok lompat sana sini...

    ReplyDelete
  2. Mon, tang katak tu x berani nak komen.. tang Orang Tuhan atau penyelamat a.k.a. 'the chosen one' ni memang setiap agama percaya bahawa satu hari nanti Tuhan akan datangkan penyelamat yg akan menyelesaikan segala kekusutan dan kerosakan yg telah berlaku di muka bumi ini, angkara perbuatan manusia sendiri. Moga2 doa org2 mukmin itu segera diperkenankan oleh Tuhan.. Amiinn..

    ReplyDelete
  3. Pendapat aku, jika Nabi sendiri sudah menyebut, "Tuntutlah ilmu walau hingga ke negara Cina" pasti ada mesej tersirat yang menyaran umat Islam akhir zaman supaya fokus kepada bahagian timur dunia ini.

    ReplyDelete
  4. oh menarik nih, perlu membaca yang ini. Kalau lapang lawatilah kelantan-journey.blogspot.com. Pelajar UIA ke dulu?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, zubin... saya grad uia tahun 2000. ambik law tapi x praktis. banyak melibatkan diri dgn prog berbentuk kebudayaan spt nasyid dan teater baik ketika di uia mahupun selepas menamatkan pengajian. moga2 perkenalan ini akan membuahkan ukhwah dan persaudaraan sesama kita. Jzkallahu khairan kathira..

    ReplyDelete
  6. 'Orang Tuhan'... dia adalah seorang yang seperti Ayatullah Khomeini! iaitu orang yang kuat agamanya, religious, berwibawa.... ??? realitinya ia adalah orang suruhan syaitan... penjenamaan semula Yahudi dalam Syiah, bertopingkan Islam namun mendokong Mesiah, imam dua belas atau imam al-mahadi kaum al-Rafidah (Syiah) - pendokong tentera dajjal.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya memberi sepatah dua kata.. "Tetamu datang membawa rahmat, perginya pula penghapusan dosa kita..."

Share This

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...