Thursday, January 8, 2009

Hari Pertama Persekolahanku - Satu Penilaian Semula...


Hari ini hari pertama persekolahan ku.. Hari Jumaat penuh berkat..
Aku perlu menghadiri ujian diagnostik utk menentukan kelas mana yg akan aku duduki di kalangan pelajar tahun 1 di sekolah rendah ini.
Seawal subuh lagi aku sudah bangun dan bersiap-siap.
Selesai sahaja solat fardhu subuh bersama ibu dan ayahku, aku terus mengenakan pakaian sekolah baru yang dibeli oleh kedua ibubapa ku.

Mama, hari ni Huda akan pergi sekolah ye..?
Huda akan dapat ramai kawan..
Huda nak belajar bersungguh-sungguh..
Nak jadi anak solehah, taat cakap guru, taat cakap ibu ayah..

Mama dan Babah turut hadir ke sekolah untuk mendaftarkan aku.
Ramai sungguh para pelajar tahun 1 dengan pelbagai gaya dan ragam.
Namun ketika ujian diagnostik, ibu bapa tak dibenarkan hadir di kelas.
Mama dan Babah menunggu di kantin sambil mendengar taklimat dari Guru Besar.
Selesai ujian cikgu berpesan supaya datang semula pada hari Isnin untuk melihat keputusan.
Cikgu kata pelajar tahun 1 masuk kelas sesi petang,
jadi aku perlu datang sebelum jam 1 ke sekolah..

Hari Isnin berikutnya Mama dan Babah sekali lagi menghantar aku ke sekolah,
Suasana agak sesak dengan kehadiran pelajar tahun lain, serta pelajar sesi pagi yang pulang.
Mama kata Huda dapat masuk kelas satu, markah ujian dapat penuh..!
Alhamdulillah, InsyaAllah Huda akan belajar bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu dunia dan Akhirat..! Supaya dapat memberi contoh teladan dan manfaat kepada semua.

Jam 1.30 ptg semua pelajar berkumpul di gelanggang sepak takraw,
Aku pun beratur di dalam barisan 1 Utarid, kelas pertama, planet pertama di dalam cakerawala
Aku sempat menghulur tangan utk bersalam dgn Mama dan Babah sebelum pergi meninggalkan mereka untuk masuk ke kelas ku di tingkat 4 bangunan sekolah.
Bermacam-macam perasaan bermain di benak hatiku..
Nak kata sedih pun ada, gembira pun ada jugak..!
Aku amat berharap agar dapat menjadi anak murid yang bagus di dalam sistem pendidikan yang bersepadu ini.
Aku cukup seronok, belajar, berkawan, sehingga aku tidak sedar loceng sekolah sudah berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan jam 6.00 ptg.
Aku pulang ke rumah dengan penuh rasa teruja, tidak sabar untuk menceritakan pengalaman kepada Mama dan Babah.
Kembali ke rumah aku terus mandi dan bersiap-siap, aku melihat Mama dan Babah sudah bersiap-siap di tikar sembahyang menunggu masuk waktu maghrib.

Aku terdiam sejenak.. seketika kemudian aku terfikir...
Aku tertanya-tanya, apa yang Mamah dan Babah selalu ajar, awal-awal pendidikan mengenal Allah, Tuhan yang mencipta.
Falsafah Pendidikan terkandung di dalam Sembahyang lima waktu yang didirikan sehari semalam.
Rasa kehambaan, rasa bertuhan, disiplin, ketepatan waktu, ketaatan, kepimpinan dan kepengikutan, semuanya terkandung dan terangkai ketika kita menunaikan solat berjemaah,
Seterusnya diaplikasi ke dalam kehidupan harian, barulah kita dapat mencapai kejayaan dunia dan Akhirat...

Tapi aku musykil, sekiranya sistem pendidikan bersepadu ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang,
Kenapa aku tidak diperingatkan untuk menunaikan solat zohor dan asar di sekolah tadi..?
???

11.21 pm
8 Januari 2009
Rawang, Selangor.

8 comments:

  1. kesian pada anak2 yg hatinya dilahirkn sememangnya putih dan suci. mereka hanya mengikut seprtimana yg dicorakkan... Tuhan bantulah kami dalam mengejar cintaMu

    ReplyDelete
  2. Hahaha cuba ko bangkitkan isu ni dgn sekolah tu. Memang best isu ni!

    ReplyDelete
  3. Anak2 ibarat kain putih.. kitalah yang mencorakkannya.. namun dalam konteks ini, kementerian pelajaranlah yg mencurahkan warna ke atas kain yg putih, bersih lagi suci itu.. siapakah yg harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan..???

    ReplyDelete
  4. salam ziarah...

    erm... menarik sekali persoalannya...
    siapakah yg harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan..???

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah..komen tuan disiarkan.

    Mungkin ramai anak2 kita solat subuh dalam bas semasa perjalanan ke sekolah sebelah pagi...agaknya!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. yg berkesedaran dan mendapat didikan sempurna dari ibu ayah pasti tidak akan meninggalkan kewajipan mereka terhadap Tuhan. Selesaikanlah urusan kamu dgn Allah, nescaya Allah akan selesaikan urusan kamu dgn manusia...

    ReplyDelete
  7. sebuah artikel yang menyedarkan...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya memberi sepatah dua kata.. "Tetamu datang membawa rahmat, perginya pula penghapusan dosa kita..."

Share This

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...