Tuesday, January 13, 2009

Kenapa Umat Islam Terhina Di Mana-Mana

Apabila ahli ibadah tidak takutkan Tuhan, akhlak mereka hilang,
mereka telah menjatuhkan maruah Islam secara tidak sedar kepada pandangan orang
Apabila pejuang-pejuang Islam menjadi militan, keindahan Islam hilang
Kepercayaan orang kepada Islam hilang,
mereka takut dengan Islam dan umat Islam

Apabila orang yang rajin ke masjid tidak ada disiplin
orang yang tidak datang lebih baik daripada yang datang
Orang yang datang telah mencemarkan rumah Allah, yang tidak datang mungkin ada keuzuran

Apabila umat Islam mundur,
orang lain akan menyangka ajaran Islamlah yang menjadi penyebab kemunduran
Padahal umat Islam telah lari daripada ajarannya
Di antaranya umat Islam hidup nafsi-nafsi
Rasa bersama dan bekerjasama di antara yang miskin dan yang kaya tidak ada

Cerdik pandai dengan yang tidak terpelajar tidak seia sekata
Kekayaan individu tidak dapat dirasa merata dan bersama
Tenaga orang miskin tidak punya bersama masing-masing ada haluan
Orang bandar dengan orang kampung macam ayam hutan dengan ayam kampung

Akhirnya perpaduan dan persatuan tidak ada
Tidak terjadi satu di dalam ramai, ramai di dalam satu
Maka terjadilah salah satu sebab bangsa menjadi lemah

Lebih-lebih lagilah Tuhan sudah tidak dipeduli sekalipun ahli-ahli ibadah
Tuhan ada dengan tiada sama aja pada mereka
Pejuang-pejuang Islam pula banyak memperkatakan syariat, mempromosikan Tuhan sedikit sangat
Padahal Tuhan adalah aset pertama dan utama
Tuhan tidak dimanfaatkan oleh umat Islam
kerana harta lebih besar dan utama kepada mereka
Tuhan pun membiarkan kita
Padahnya kita rasa bersama, kita hina di mana-mana
Insaflah wahai umat Islam!
Kembalilah kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa
Tuhan akan membela kita…

3 comments:

  1. Kadang2 kita leka siapa diri kita sebenarnye,hidup hnya pinjaman,tp manusia selalu hidup dlm kelalaian...yg utama amalan juga yg akan di bawa bt bekalan....

    ReplyDelete
  2. kerana penyakit hati berupa dengki, iri hati, cemburu, hasat, prasangka buruk, tak puas hati tak memasal dengan kelebihan/kejayaan sesama saudara seIslam.
    lagi satu, kita menjadi hina kerana tidak menjadi umat, pengamal, pengikut, penganut, hamba sebenar-benarNya kerana kepentingan dunia itu dan ini temasuk gua.

    gua minta ampun padaNya atas kekhilafan yang banyak.

    ReplyDelete
  3. sis lin, barangsiapa kenal diri maka dia akan mengenal Tuhannya..

    abg gayour, terima kasih ats kunjungan.. moga2 rintihan kita didengar dan diperkenankan olehNya..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya memberi sepatah dua kata.. "Tetamu datang membawa rahmat, perginya pula penghapusan dosa kita..."

Share This

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...