Wednesday, January 21, 2009

Serban : Antara Trend, Sunnah dan Undang-Undang

Sudah lama saya tidak berbicara tentang undang2. Entah mengapa hari ini terdetik saya untuk bercakap semula bilamana saya terbaca di dada sebuah akhbar tempatan semalam, sebuah berita mengenai seorang pelajar sekolah pondok Pasir Tumbuh Kelantan, telah disaman pada 20 September 2007 kerana kesalahan tidak memakai topi keledar kerana memakai serban ketika menunggang motorsikal dan Hakim Mahkamah pada 20 Januari 2009 telah mendapati OKS (Org Kena Saman) adalah bersalah dan menjatuhkan hukuman denda RM90 atau dipenjara 2 hari. Ahmad Nasir bin Darus, 27, memilih untuk dipenjara 2 hari.

Sudah lama saya tidak bercakap ttg undang2 semenjak saya menamatkan pengajian undang2 di UIA hampir 10 tahun yg lalu, saya kembali menghadap meja dan case file bilamana diminta untuk membantu Team Legal Task Force bersama Tetuan Shukor & Baljit untuk mengendalikan kes saman Rufaqa Corporation Sdn Bhd terhadap Pengarah JAKIM serta beberapa defendan lain beberapa tahun yang lalu.

Sejak dulu lagi masalah Artikel 121(1A) dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menemui titik penyelesaian. Manakan mungkin, undang2 Islam apabila bertembung dgn undang sivil, pasti masalah akan menemui jalan buntu. Kerana masing2 mengemukakan hujah dan undang2 dari sudut dan bidang masing2, umpama ayam bercakap dengan itik. Saya tidak pro atau contra kepada mana2 pihak tetapi ingin melihat isu ini dari sudut sunnah, trend dan undang2 itu sendiri. Kerajaan sudah bertindak untuk menggubal undang2 pemakaian tali pinggang keledar belakang (yang akn memberi keuntungkan kpd kontraktor pembekal tali pinggang, sptmana keuntungan yg diperolehi oleh kontraktor dan pembekal lampu brek ketiga ketika undang2 mewajibkan setiap kereta memasang lampu brek ketiga dikuatkuasakan.

Dari sudut agama Islam, memakai serban itu satu sunnah atau amalan tambahan, manakala bagi yang beragama sikh, memakai serban itu satu kemestian bagi penganut mereka kerana kaum lelaki sikh dilarang utk memotong rambut mereka. Atas faktor menghormati agama, penganut agama sikh diberi exception utk menaiki motorsikal tanpa perlu menanggalkan serban mereka.

Dari sudut undang2, Ahmad Nasir telah disabit dengan kesalahan kerana pihak mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan tiada keterangan saksi lain yang dapat mengesahkan OKS (orang kena saman) seorang lebai. rujuk Harian Metro 20 Januari 2009. Phk pendakwaraya bertubi2 melontarkan soalan samada Ahmad Nasir, yg berumur 25 tahun pd ketika itu, memenuhi kriteria seseorang yg layak digelar 'lebai' ataupun tidak. Peguam Ahmad Rezal Effandi (junior saya di UIA) akan cuba memfailkan rayuan ke mahkamah tinggi kerana sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah tinggi maka ia akan menjadi bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang,

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan (anak kepada ulama tersohor Yang Berbahagia Ustaz Hassan Azhari) sudah pun memberikan komennya di dalam Utusan Malaysia. Beliau berkata tindakan polis menyaman itu ialah utk mengelak wujudnya trend pelajar sekolah menjadikan alasan sama untuk tidak memakai topi keselamatan itu. Beliau menambah, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. Saya masih menunggu respon daripada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Suret Singh (gambar kanan) berkaitan isu memakai serban ketika menunggang motorsikal.

Berkenaan dengan istilah 'trend' yg dibangkitkan tadi, saya trus teringat sebuah kumpulan nasyid@lagu dakwah yg baru melancarkan album baru2 ini, dalam satu sesi temuramah dengan wartawan, Kumpulan nasyid yang menggelarkan diri mereka sebagai Algebra berkata bahawa mereka cukup bangga dengan imej berserban yang ditampilkan ketika muncul mengadakan persembahan pentas ataupun semasa berada di khalayak ramai. "Bagi kami, serban bukan sahaja melambangkan salah satu imej atau pakaian orang Islam, tetapi secara tidak langsung ia juga merupakan suatu fesyen yang cantik untuk diikuti termasuklah di kalangan remaja hari ini." ulas salah seorang anggota kumpulan tersebut. Apakah trend itu akan menjadi ikutan remaja, atau sekadar publisiti dan gimik untuk melambangkan identiti yg lain drp yg lain?

Apakah sama pahala seorang gadis yg memakai tudung ekin atau tudung sarimah atau tudung wahida kerana ikut trend dengan seorang gadis yg memakai tudung kerana merasakan itu satu kemestian dan kewajipan utk memelihara aurat mengikut agamanya? dan apakah sama waktu era raihan dahulu, seorang remaja memakai kopiah dan baju raihan kerana kwn2nya yg lain sudah memakainya (oleh sbb tidak mahu malu dan digelar ketinggalan zaman) dengan seorang yg memakai kopiah dan baju raihan kerana ingin tampil sbg remaja dgn penampilan serta peribadi yg sopan sekaligus mencerminkan akhlak dan role model kpd remaja2 yg lain. Niat adalah penentu samada kita beroleh pahala ataupun tidak.

Dari sudut hukum, umum sedia maklum bahawa di dalam Islam memakai serban itu hukumnya sunat kerana mengikut contoh amalan Rasulullah. Perlu diingat di dalam Islam ada perkara yg wajib, sunat, haram, makruh dan mubah@harus. Janganlah bila masuk bab poligami sahaja nak ikut sunnah Nabi tapi bab sunat mendirikan sembahyang awal waktu, memakai alas kepala@kopiah serta memakai pakaian yang bersih dan berwangi2an ketika bersembahyang tak sempat pula kita pertahankan..

Perlu juga diingat, ada masa dan ketika perkara yang haram boleh jatuh harus, perkara yg sunat boleh jadi haram, perkara yg harus boleh jadi wajib, dan sebagainya mengikut keadaan dan situasi, dharurat ataupun tidak. Saya suka mengambil satu contoh yang paling mudah dan sering kita amalkan samada secara sengaja atau tidak sengaja setiap hari : MENGUAP.. Bila masa menguap boleh jadi sunat, haram, makruh, wajib dan harus?
1- Bila menguap SUNAT kita menutup dengan belah belakang tangan kiri sambil membaca a'uzubillahiminassyaitanirrajim. Dapat pahala ibadah.
2- HARAM menguap seorang isteri (menguap ala2 badak berendam gitu) di hadapan suami - Haram hukumnya kerana boleh menimbulkan kebencian.
3- MAKRUH menguap seseorang itu, ala2 badak berendam, walaupun seorang diri,di tengah padang, di malam yg gelap, kerana di kiri kanan kita ada malaikat yg melihat, (malaikat pun meluat nak tengok!) - Ini adalah kerana dalam Islam ada adab2 dan kesopanan. Barulah nampak indahnya Islam. Nak buat yg sunat bukan mesti di hadapan orang..
4- WAJIB menguap. di tengah padang, ketika berkawat, di tengah panas, berjam2 berdiri tegak, tak dibenarkan berkelip mata, ditahan2 menguap sehingga pengsan! pada waktu itu, wajiblah dia menguap, kerana ia memudharat dan mendatangkan kerosakan pada akal dan tubuh badan.
5- Dan akhir sekali HARUS menguap samada cara berdiri, duduk, baring atau apa jua kedudukan sekalipun kerana tidak ada pahala ataupun dosa atas sebab itu.

Merujuk balik pada kes serban di atas, suka saya mengambil contoh yang pernah dibuat oleh Ust Ashaari Muhammad, Pengerusi Eksekutif Rufaqa Corporation bilamana timbul isu serban dan jubah boleh mengancam keselamatan negara. Beliau telah memberi tamsilan yang mudah: Memakai serban dan jubah itu SUNAT, mematuhi undang-undang (tidak kira samada undang2 Islam ataupun undang2 kerajaan yg memerintah) adalah WAJIB. Apabila bertembung antara yg sunat dan yang wajib, maka hukumnya buatlah yang wajib. Untuk berdakwah atau menegakkan kalimah Allah itu tidak semestinya dengan berserban dan berpurdah. Sekiranya atas faktor terlalu mempertahankan sunnah itu sehingga timbul pergaduhan, ataupun atas faktor mempertahankan yg sunat itu maka kita dipenjarakan sehingga kita tidak boleh lagi keluar utk berdakwah dan menyampaikan risalah Allah kpd masyarakat, sehingga masyarakat yang ada menjadi rosak. Maka pada ketika itu, pakai serban pun boleh jatuh hukum HARAM..!

Saya quote kembali SMS yg saya terima daripada Saudara Ahmad Rezal Effande sebagai respon kpd SMS yg saya hntr kpdnya semalam : "Undang-undang pemakaian topi keldear wajib digubal semula.. Terima kasih kerana prihatin." Perkataan WAJIB di sini perlu diberi perhatian oleh pemimpin, ulama, penggubal dan pengguna bagi memastikan KESELAMATAN dan juga KESEJAHTERAAN rakyat Malaysia yg berbilang bangsa dan agama sentiasa terjamin dunia dan Akhirat.

Pesanan Khidmat Masyarakat Dari Bengkel Rohani :
Berhati-Hatilah di Jalan Raya, Ingatlah Orang Yang Tersayang...
(walaupun sayang semua tapi WAJIBlah berhati-hati...)

12 comments:

  1. Pertama, memakai topi keledar dapat mengelakkan kecederaan parah jika berlaku kemalangan (Aku pernah kena, jadi aku pun tahu faedah topi keledar). Jadi kalau kecederaan berlaku di kepala semasa menunggang motorsikal, penunggang tersebut diharap tidak menyalahkan serban tersebut.

    Kedua, memakai serban adalah sunah. Aku setuju dengan yg ini juga. Tapi diharap perkara sunat ini tidak dipaksa kepada orang-orang yang jahil macam aku ni. Bila berlaku paksaan, maka akan bertelagah lah kita macam ahli-ahli politik negara kita. Sesama Islam pun nak bergaduh! Akhirnya, rakyat merana, Islam tetap sekadar teori agama.

    Ketiga. Tentang perkara-perkara lain yg ko tulis tu Lifi, aku pun setuju.

    Keempat. Undang-undang tentang memakai serban perlu diteliti dan dihalusi.

    ReplyDelete
  2. Hamid, klu dah smpai ajal, pkai baju besi pun x guna.. betul x!?

    teringat juga dkt beberapa kes kemalangan jiwa yg melibatkan teman2 di uia, roomate kami arwah tgku ahmad bakri di jln bentong lama menuju hosp org asli wktu 1st year main camp, mendiang john vono di roundabout sek14 pj wktu matrix uia, paling sedih ada junior steadfast uia yg tumpg berteduh drp hujan di bwh jejambat jalan kuching di langgar lari oleh sebuah pajero yg hilang kawalan.

    Mungkin sbg alternatif, phk berkuasa blh bagi kelonggaran bagi jalan2 kampung atau tmn perumahan yg tidak diwartakan sbg jalan utama spt jalan di dlm kampus Universiti Malaya.

    Saya x pasti jln di kmpus UIA skrg dh diwartakan jd jln utama atau tidak, tp yg pasti waktu awal2 nak jadikan one way, budak2 law yg paling x puas hati sbb dr kolej assiddiq nak kena pusing 1 round lalu kuliah engineering dulu, baru blh smpai ke kulliyyah laws (kini AIKOL).

    Alfatihah buat teman2 yg sudah tiada, moga2 Tuhan memberi pahala syahid (kecil) kpd mereka yg meninggal dunia akibat kemalangan. Amiinn..

    ReplyDelete
  3. aku ingat kejadian arwah tu...malam sebelum dia meninggal, aku, Rudy dan Hamidi mkn sama2 kan cafe ekonomi. Aku masih ada gambar malam tu. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. 2-3 hari ni, banyak pula kes kematian akibat lemas yg berlaku! bukan seorang dua tapi melibatkan ramai orang dlm satu2 kes..! Apakah tidak ada papan tanda amaran ataupun ciri keselamatan di tempat2 peranginan yg dikunjungi oleh mangsa?

    Apakah precaution kita dalam hal sebegini dan apakah tindakan yg sewajarnya diambil oleh ibu bapa dan pihak berwajib dalam menangani masalah dan kes sebegini? Moga ada hikmah Allah dalam setiap kejadian..

    ReplyDelete
  5. Dulu era 90'an (zaman Al Arqam wujud), saya menjadi orang yang sangat kuat dengan Al Arqam dan berpegang dengan pandangan Ust Ashaari Muhammad bahawa ahli jemaah Islam perlulah mempertahankan sunnah dan beliau memperlekehkan orang yang ingin berjuang Islam tetapi tak memakai serban dan Jubah. Tapi sekarang.. pandangan lain pula...heran, heran. Seorang pemimpin yang tidak tetap pendirian?

    "..contoh yang pernah dibuat oleh Ust Ashaari Muhammad, Pengerusi Eksekutif Rufaqa Corporation .. Memakai serban dan jubah itu SUNAT, mematuhi undang-undang (tidak kira samada undang2 Islam ataupun undang2 kerajaan yg memerintah) adalah WAJIB. Apabila bertembung antara yg sunat dan yang wajib, maka hukumnya buatlah yang wajib."

    ReplyDelete
  6. Ilmu Islam itu terlalu luas, bahkan sesuai utk apa jua masa & keadaan. Islam itu juga mudah dan indah oleh sebab itu umat islam dibenarkan utk berpegang dgn mana2 pandangan drp 4 mazhab.

    Setiap mazhab itu berbeza pandangan disebabkan oleh faktor tempat,watak bangsa,cuaca,situasi dan keadaan semasa yg berlaku. bahkan jika dilihat dalam sejarah islam itu sendiri, pandangan imam syafie juga berbeza dan 'berubah' bilamana beliau berpindah dari baghdad ke mesir.

    Namun perubahan hukum qaul qadim ke qaul jadid ini bukanlah bererti imam syafie adalah seorang yg tidak tetap pendiriannya sebaliknya dia merupakan seorg imam mujtahid yg ckup tinggi ilmunya dan mengeluarkan sesuatu hukum itu sesuai dgn masa,keadaan,tempat dan isu semasa. wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. assalamuailaikum.

    saya juga tertarik dengan isu ini...antara sunah dan keselamatan...bagi saya mengikuti sunah nabi itu bagus, tetapi undang2 pemakaian topi keledar itu bertujuan utk memaksimumkn kecederaan jika berlaku kemalangan...

    saya tidak tahu, dan hendak bertanya...susah ke nak pakai serban tu...maksud saya...jikalau nak naik motor, apa salahnya tanggalkan sekejap serban tu da pakai semula selepas itu...?

    ReplyDelete
  8. betul juga ckp si Nur tu...aku setuju. Takkan tak boleh buka kejap? Pasal bekas pemimpin al-Arqam tu, aku rasa dia lagi bagus dari aku pasal ilmu agama.

    ReplyDelete
  9. mid, no offence, tapi aku rasa mmg pun dia lagi baguih ha ha ha ha.

    mid, hang dah block free entry blog hang ka? hmmm tak pa la, takleh la aku nengok koleksi gitar hang lagi...

    ReplyDelete
  10. Islam itu indah dan Islam itu mudah, tapi itu bukan bermakna kita blh pandang mudah urusan agama. Tentang hal2 yang asas dan dasar, mmg tiada kompromi. tapi berkaitan perkara2 furu'@cabang, persoalan khilafiah, dalam ertikata lain, soal2 teknikal, maka kita perlu berbincang dgn sifat terbuka dan berlapang dada. Di situlah letaknya keindahan Islam.

    Zaman dahulu pengikut imam mazhab yg 4 tak pernah berbalah. tapi zaman sekarang sesama parti komponen pun boleh berbalah. Mgkn sbb itulah byk yg lompat parti.

    Eloklah kita ambil contoh imam syafie (anak murid imam malik) bilamana beliau menziarahi perkampungan imam malik (yg baru meninggal ketika itu), para pengikut imam malik boleh pula meminta imam syafie utk mengimami solat subuh sedangkan mereka berbeza mazhab. manakala Imam Syafie pula, apabila mengimami solat subuh, tidak membaca doa qunut sehingga menimbul pertanyaan di klgn pengikut imam malik.

    Apabila imam syafie ditnya oleh pengikut imam malik ttg mengapa dia tidak membaca doa qunut sewaktu mengimami solat subuh (menurut mazhab maliki xperlu baca qunut) maka imam syafie menjawab 'kerana saya menghormati orang itu' sambil menunjuk ke arah makam imam malik.

    ReplyDelete
  11. salam utk ex roomate den,

    selaku org yg personally involve didalam kes serban seperti yg dinyatakan di atas, aku ada persepsi sendiri.

    Pertama,
    soal undang-undang pemakaian serban...undang2 berkaitan ialah Kaedah 5 Pemberitahuan Pengecualian 1975 dibaca bersama Kaedah 4 Motorsikal ( Topi Keledar Keselamatan)1973....ini undang2 zaman atas jalan dulu boloeh bilang berapa bijik motor lalu dalam sejam..mana praktikal dah kalau nak guna lagi sampai sekarang.

    Lagi satu, pengecualian diberikan kepada 3 golongan iaitu haji @ hajjah, sikh, lebai...ini pun menyusahkan mahkamah untuk mentafsirkan siapa itu 'lebai'.

    Akhirnya, undang-undang ini digubal tetapi tidak dipatuhi oleh penguatkuasa dan mahkamah sendiri. So, siapa yang salah?


    kedua , soal sunnah..aku bersetuju untuk menyokong mereka yang ingin memartabatkan sunnah, walaupun aku rasa dah lama aku x pakai serban.tetapi nabi juga tidak menggalakkan umatnya untuk mengenepikan kemaslahatan diri demi menjaga sunnah, kerana apa nilainya klu nyawa melayang demi sunnah sedangkan perkara itu boleh dielakkan kalau pakai helmet (ini hukum adat)dan memberikan ruang umat tersebut untuk beribadah lebih dek kerana usia yang masih panjang.


    Kesimpulannya, kes ini sekarang akan menjadi titik tolak kepada satu perbincangan isu undang-undang yang akan menentukan bagaimana penggubalan pengecualian tersebut harus dikaji semula demi kebaikan semua tanpa mengenepikan hak dan tuntutan agama terutama umat islam.

    wassalam

    ex-roomate ALIFI

    ReplyDelete
  12. Assalam, saya setuju sepenuhnya perkara yg menyelamatkan nyawa seseorg Tapi mana perginya kejujuran dan keikhlasan pembuat topi @ penjual topi keledar yg tak ada kualiti dan tidak mengikuti spesifikasi? Ada penguatkuasaan terhadap pembuat@penjual topi keledar tersebut atau ini gimik bisnes utk keuntungan pihak-pihak tertentu...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya memberi sepatah dua kata.. "Tetamu datang membawa rahmat, perginya pula penghapusan dosa kita..."

Share This

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...